Kisah Kejayaan
Kisah Kejayaan 1
Ab. Ghafar bin Ghani merupakan seorang penduduk Kg. Repek Pasir Mas. Beliau berumur 22 tahun dan merupakan seorang pelajar lepasan Sijil Teknologi Enjin di Giatmara. Bagi lebih memahami bidang yang di pelajarinya di Giatmara, Abd. Ghafar atau lebih dikenali dengan panggilan Rofa sering berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia Repek dengan tujuan mencari bahan bantu dalam pembelajarannya. Rofa yang asalnya agak lemah dalam dunia teknologi kini lebih menguasainya apabila sering melibatkan dirinya dengan kelas yang dianjurkan oleh PI Repek.
Antara kelas yang Rofa sertai adalah Kelas asas penggunaan computer dan internet, Kelas pembangunan Facebook, Kelas pembangunan blog dan search engine tips. Menerusi kelas-kelas ini Rofa lebih yakin untuk menggunakan computer dalam mendapatkan bahan rujukannya. Antara laman sesawang yang sering digunakan oleh beliau ialah Youtube untuk melihat video tutorial berkaitan dengan pembelajarannya.
Menurut Rofa, sebelum penglibatannya dengan PI, beliau amat takut untuk menggunakan computer kerana tiada pendedahan yang diberikan. Namun setelah menjadi Ahli PI Repek, beliau lebih cekap dalam menggunakan computer dan mampu menggunakan computer tanpa pengawasan daripada petugas PI. Bagi Rofa, kewujudan PI merupakan satu langkah yang baik bagi meningkatkan tahap celik IT dalam kalangan penduduk kampong yang agak ketinggalan dalam bidang ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Kejayaan 2
Zukifly merupakan seorang graduan Pengurusan Maritim di sebuah Universiti tempatan. Keadaan dunia sekarang yang susah mencari pekerjaan membuatkan beliau mencuba untuk melakukan perniagaan online dan ianya membuahkan hasil. Sebelum menjadi ahli PI,Zukifly sudah mempunyai ilmu berkaitan ICT tetapi tidak meluas dan tidak mahir menggunakannya.namuan setelah melibatkan diri dengan PI, dan mendapat tunjukajar, Zukifly mampu menggunakan ilmu yang dipelajari untuk dipraktikkan dalam perniagaan online beliau.
Antara kelas yang telah disertai oleh Zukifly sepanjang menjadi ahli PI Repek ialah Kelas Asas penggunaan computer dan internet, Kelas Pembangunan Facebook dan Facebook Page, Kelas Pembangunan Blog, Kelas Teknik Pengambilan Gambar Produk dan search engine tips. Dengan penglibatan menerusi Pusat Internet 1 Malaysia ini, secara tidak lansung telah membantu beliau dalam mempromosikan produk yang dijual.
Manurut Zukifly, pertama kali beliau ke Pusat Internet 1 Malaysia Repek, beliau menyangkakan servis dan kelas yang dianjurkan adalah berbayar. Namun setelah diterangkan oleh petugas PI tentang corak perkhidmatan yang disediakan di sini, beliau amat tertarik dan terus mendaftarkan diri sebagai ahli PI Repek.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Kejayaan 3
Saudara Ridduan merupakan seorang pemilik bengkel kimpalan. Beliau mengalamai kesukaran untuk mempromosikan hasil kerjanya kepada pelanggannya. Melalui PI beliau telah Berjaya mendapat tempahan secara online sekaligus menambah pendapatan bulan beliau. Sebelum menjadi ahli PI, Ridduan tidak mendapat pendedahan berkaitan dunia ICT dan mempromosi produk ke alam maya.
Namun setelah melibatkan diri dengan aktiviti dan kelas yang dianjurkan oleh PI Repek, beliau mendapat tunjukajar, Ridduan sudah mula mempromosikan perkhidmatannya ke laman sosial seperti facebook page, wechat dan whatapps.
Antara kelas yang disertai oleh Ridhuan sepanjang menjadi ahli PI Repek ialah Kelas Asas Penggunaan Komputer dan internet, Kelas Pembangunan Facebook dan Facebook Pages, Kelas Teknik Gambar Produk, dan seach engine tips. Menurut Ridhuan, bagi membantu indivifu lain untuk Berjaya, Pihak pengurusan PI perlulah menganjurkankelas atau kursus usahawan dengan lebih kerap.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Kejayaan 4
Aiman Hafizie merupakan seorang pelajar dari salah sebuah sekolah sukan di Kota Bharu. Beliau merupakan pelajar yang melibatkan diri dalam sukan bola sepak. Sebelum menjadi ahli PI, Aiman Hafizie tidak mendapat pendedahan berkaitan dunia ICT untuk mendapatkan maklumat tentang sukan.
Selepas menjadi ahli PI dan mendapat tunjukajar, Aiman sudah mula dapat mempelajari asas-asas dunia ICT yang dapat membantu beliau untuk mendapatkan maklumat yang luas terutamanya dalam bidang sukan yang diminatinya.
Sepanjang penglibatan hafizie bersama PI Repek, Beliau telah mengikuti beberapa kelas iaitu Kelas Asas Penggunaan Komputer dan Internet, Kelas Microsoft Office Word dan Teknik Pencarian dalam google termasuklah penggunaan Youtube secara berhemah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Kejayaan 5
Muhammad Hafizairudi bin Mazlan merupakan seorang penduduk Kg. Repek dan berusia 18 tahun. Setelah tamat persekolahn, beliau telah mengambil keputusan untuk bekerja oleh kerana tidak mampu untuk menyambung pelajarannya. Sebelum beliau melibatkan diri dengan PI Repek, Hafiz bekerja sebagai kelindan Van Ais kiub.
Setelah mendaftarkan diri sebagai ahli PI pada tahun 2015, Hafiz telah menyatakan hasratnya untuk melakukan bisness format dan servis laptop sebagai pendapatan sampingannya. Pada permulaan bisness Hafiz, beliau berdepan dengan masalah kurangnya sambutan pelanggan dan hamper berputus asa dengan apa yang dilakukan.
Namun setelah beliau sering dating ke PI untuk mendapatkan tunjuk ajar, beliau telah mendapat beberapa ilmu dalam bisnes online, terutamanya berkaitan cara mempromosikan bisnes yang dilakukan. Selain daripada itu, Hafiz juga menjadikan Pusat Internet 1 Malaysia Repek sebagai lokasi kedua beliau berjumpa dengan pelanggan untuk urusan serivis dan format laptop. Beliau amat berpuashati dengan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang beliau menjadi ahli PI dan sekarang Hafiz mampu mendapatkan sekurang-kurangnya 3 atau 4 pelanggan dalam masa seminggu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Kejayaan 6
Puan Norazmila Binti Mohd Nor atau dikenali dengan panggilan kak La merupakan seorang guru dan beliau amat berminat dengan bidang perniagaan Online. Sering mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Repek merupakan salah satu anjakan yang menjadikan beliau lebih meminati bidang ini.
Bermula hanya dengan mengambil upah pasang manik pada tudung, kini Puan Norazmila telah Berjaya membuka satu kedainya sendiri iaitu D’Mila Hijab yang beroperasi dikampung Repek Pasir Mas. Pada permulaannya Kak La juga berdepan dengan masalah untuk mendapatkan pelanggan, setelah mendapat bantuan daripada petugas PI dalam mewujudkan akaun facebook pages untuk perniagaan, D’Mila Hijab kini telah dikenali lebih ramai dan sering mendapat kunjungan daripada pelanggan.
Antara tunjuk ajar yang telah diberikan kepada Kak La ialah cara untuk mempromosikan Facebook Pages dan membina ayat yang sesuai bagi menarik minat pelanggan untuk berkunjung dan membeli barangan yang dijual. Sepanjang penglibatan dengan PI juga, Kak La dibekalkan dengan modul usahawan atas talian sebagai rujukan perniagaan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Kejayaan 7
Zukifly merupakan seorang graduan pengurusan maritim di sebuah universiti tempatan. Keadaan dunia sekarang yang susah mencari pekerjaan membuatkan beliau mencuba untuk melakukan perniagaan online pada mula, merasakan perniagaan online mampu membantunya dalam kehidupan, beliau mencuba kerjaya baru iaitu servis format dan computer dan ianya membuahkan hasil.
Sebelum menjadi ahli PI,Zukifly tidak mempunyai kemahiran dan keyakinan dalam perkhidmatan servis dan format laptop/pc. Selepas menjadi ahli PI dan mendapat tunjukajar, Zukifly mampu menggunakan ilmu yang dipelajari untuk dipraktikkan dalam perkhidmatan yang beliau jalankan. Antara kelas yang telah disertai oleh Zukifly sepanjang menjadi ahli PI Repek ialah Kelas Asas penggunaan computer dan internet, Kelas Pembangunan Facebook dan Facebook Page, Kelas Pembangunan Blog, Kelas Teknik Pengambilan Gambar Produk dan search engine tips.
Dengan penglibatan menerusi Pusat Internet 1 Malaysia ini, secara tidak lansung telah membantu beliau dalam mempromosikan produk yang dijual. Manurut Zukifly, pertama kali beliau ke Pusat Internet 1 Malaysia Repek, beliau menyangkakan servis dan kelas yang dianjurkan adalah berbayar. Namun setelah diterangkan oleh petugas PI tentang corak perkhidmatan yang disediakan di sini, beliau amat tertarik dan terus mendaftarkan diri sebagai ahli PI Repek.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Kejayaan 8
Saudara Fauzi merupakan seorang pemilik bengkel kimpalan. Beliau mengalamai kesukaran untuk mempromosikan hasil kerjanya kepada pelanggannya. Melalui PI beliau telah Berjaya mendapat tempahan secara online sekaligus menambah pendapatan bulan beliau. Sebelum menjadi ahli PI, Fauzi tidak mendapat pendedahan berkaitan dunia ICT dan mempromosi produk ke alam maya.
Selepas menjadi ahli PI dan mendapat tunjukajar, Fauzi sudah mula mempromosikan perkhidmatannya ke laman sosial seperti facebook page, wechat dan whatapps. Antara kelas yang disertai oleh Ridhuan sepanjang menjadi ahli PI Repek ialah Kelas Asas Penggunaan Komputer dan internet, Kelas Pembangunan Facebook dan Facebook Pages, Kelas Teknik Gambar Produk, dan seach engine tips. Menurut Ridhuan, bagi membantu indivifu lain untuk Berjaya, Pihak pengurusan PI perlulah menganjurkankelas atau kursus usahawan dengan lebih kerap
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Kejayaan 9
Muhammad Riduan merupakan seorang penduduk Kg Repek. Beliau merupakan pelajar yang melibatkan diri dalam unit kepimpinan sekolah yang memerlukan beliau mengetahui berkaitan dunia ICT. Sebelum menjadi ahli PI, Muhammad Riduan tidak mendapat pendedahan berkaitan dunia ICT untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran beliau.
Selepas menjadi ahli PI dan mendapat tunjuk ajar, Muhammad Riduan sudah mula dapat mempelajari asas-asas dunia ICT yang dapat membantu beliau untuk mendapatkan maklumat yang luas terutamanya dalam proses pembelajarannya.
Sepanjang penglibatan rIDUAN bersama PI Repek, Beliau telah mengikuti beberapa kelas iaitu Kelas Asas Penggunaan Komputer dan Internet, Kelas Microsoft Office Word dan Teknik Pencarian dalam google termasuklah penggunaan Youtube secara berhemah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------