Tips Keusahawanan - Membina Keyakinan Membuat Siaran Langsung (Live)
24 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Selasa – 23 Mei 2023 - PEDi Repek telah bekerjasama bersama PEDi Batu Gajah, PEDi Kg. Karangan dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian satu perkongsian keusahawanan secara atas talian di Facebook Kg Repek menerusi Stream Yard Live.Perkongsian mengambil masa lebih kurang 1 jam bermula jam 3 Petang sehingga Jam 4 Petang. Perkongsian tersebut dikendalikan oleh Pengurus PEDi Kg Repek, Pn.Norbaya. Sepanjang Perkongsian tersebut, pihak PEDi memberikan beberapa tips penting kepada pemula di Tik Tok untuk tampil yakin bila berhadapan kamera. Umum mengetahui, tidak semua orang mampu bercakap di hadapan kamera tanpa rasa gugup atau gementar.
Semuanya memerlukan Latihan dan kesungguhan kerana bukanlah semua orang yang boleh bercakap di hadapan kamera adalah disebabkan bakat semulajadi semata-mata. Bagi yang tiada bakat bercakap di hadapan kamera, mereka perlu melatih diri dan yakin pada diri sendiri terlebih dahulu. Selain itu, pihak PEDi juga menekankan kepada pemula agar tidak terlalu taksub melihat bilangan yang menonton atau komen sepanjang secara langsung. Hal ini boleh menyebabkan pemula akan merasa kurang bersemangat untuk meneruskan secara langsung pada akan datang.
Pemula juga dinasihati agar memulakan secara lansung mengikut waktu yang sesuai agar hasilnya lebih berkualiti walaupun masa yang diambil untuk secara lansung tidaklah terlalu lama. Pemula juga perlulah konsisten dalam membuat konten dan memuat naik konten sekurang-kurangnya 3 kali sehari agar akaun tik tok pemula sentiasa terhubung dengan penonton lain secara terus. Selain itu,pihak PEDi juga berkongsi ‘trend’ terkini bila secara langsung adalah menggunakan kaedah skrin hijau yang memaparkan produk pemula dan dalam masa sama penonton dapat melihat muka pemula dan berinteraksi secara terus dengan pemula. Kaedah ini juga dapat membantu pemula mengurangkan perasaan gementar atau tiada idea untuk bercakap.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: