Bicara KDB - Berwaspada Terhadap Teknik-Teknik Scam Baru Melalui Aplikasi Perkhidmatan Jualan Atas Talian (Shopee)
24 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Khamis – 23 Februari 2022 - PEDi Repek telah bekerjasama bersama PEDi Kajang Sebidang, PEDi Kg. Karangan dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian taklimat KDB yang bertajuk “Berwaspada Terhadap Teknik-Teknik Scam Baru Melalui Aplikasi Perkhidmatan Jualan Atas Talian (Shopee)” yang bermula pada jam 10.20 pagi hingga 11.40 pagi.melalui perkongsian secara langsung di Streamyard dan FB bagi mengupas tentang teknik-teknik scam baru melalui aplikasi perkhidmatan jualan atas talian.
Siaran langsung kali ini memberi tumpuan kepada teknik-teknik scam melalui Shopee terutamanya, namun kakitangan-kakitangan PEDi juga sempat mengupas tentang aplikasi perkhidmatan jualan atas talian yang lain seperti TikTok Shop, Facebook, Lazada dan sebagainya secara sepintas lalu. Antara teknik-teknik scam yang dibincangkan adalah QR Scam, Scam Pekerjaan, Scam Pembayaran, Mencuri Maklumat Peribadi atau Akaun Bank, Scam Akaun Dicuri, Scam Penjual Palsu (Shopee Seller), Scam Menggunakan Parcel dan banyak lagi teknik-teknik scam yang semakin meruncing dalam kalangan masyarakat harini. Penggunaan teknologi hari ini bagi memudahkan urusan jual beli perniagaan telah mencetus pelbagai jenayah siber yang sepatutnya dipraktikkan dengan lebih efisien tanpa unsur penipuan. Jadi, siaran langsung ini telah mendedahkan sedikit sebanyak tentang modus operandi para penjenayah siber ini bagi mengelakkan perkara yang sama terjadi kepada orang ramai di luar sana.
Klik Dengan Bijak (KDB) merupakan hal yang sangat kritis dalam menggunakan teknologi hari ini, kakitangan-kakitangan PEDi menekankan perihal privasi informasi peribadi yang perlu dijaga rapi dan tidak boleh dikongsikan kepada sesiapa sahaja termasuklah ahli keluarga sendiri bagi mencegah isu-isu penggodaman maklumat peribadi yang mungkin mendedahkan kita kepada jenayah siber tanpa disedari.
Sehubungan dengan itu, pihak PEDi sedar akan keperluan untuk menyebar luas tentang perihal Kilik Dengan Bijak (KDB) kepada komuniti setempat agar mereka menjadi masyarakat yang lebih cakna akan isu-isu semasa yang semakin meruncing hari ini, Orang ramai juga dinasihatkan supaya melindungi maklumat peribadi mereka dan tidak memuat turun fail atau aplikasi telefon dari sumber-sumber yang tidak sah ke dalam peranti mudah alih, mereka juga dinasihati agar hanya melakukan sebarang urusan atau transaksi pemindahan wang atau pembayaran belian melalui aplikasi perkhidmatan jualan tersebut secara langsung dan bukannya melalui sistem pesanan ringkas atau WhatsApp dan sebagainya agar tidak menjadi mangsa jenayah siber ini.
Akhir sekali, pihak PEDi telah berkongsi tips-tips atau langkah-langkah pencegahan secara lebih terperinci bagi mengelakkan orang ramai terus menjadi mangsa penjenayah siber diluar sana. Kami juga memberi penekanan untuk terus melaporkan kepada pihak yang berkenaan jika terjadinya penipuan secara atas talian ini dengan menyediakan maklumat-maklumat portal berkaitan dan nombor telefon yang boleh dihubungi oleh orang awam bagi mencegah jenayah siber ini terus berleluasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: