Kelas Keusahawanan: Penggunaan Open Broadcaster Software (OBS) Bagi Usahawan
18 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Jumaat – 17 Februari 2023 - PEDi Repek sekali telah mengendalikan kelas bersama seorang usahawan berkaitan pemasaran produk. Kelas ini bertujuan untuk membuka mata usahawan tentang kepelbagaian aplikasi dan perisian yang boleh dimanfaatkan untuk menguruskan perniagaan secara atas talian yang semakin sinonim dengan peredaran zaman ini. Hal ini telah menarik minat Puan Sharon Tan Hui Lee, 51 atau lebih mesra disapa sebagai Kak Sharon yang merupakan usahawan PEDi Repek yang selalu bersemangat untuk mempelajari ilmu ICT baru bagi meningkatkan mutu perniagaan beliau.
Kelas ini merupakan kelas yang keenam disertai oleh usahawan ini yang menjual pelbagai produk kecantikkan dan kesihatan yang kenali sebagai NB Beauty Wellness. Beliau giat mempromosikan produk serta perkhidmatan salon dari ke rumah-rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Namun kini, beliau mula memperkenalkan produk jualan beliau melalui atas talian dengan membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi agen jualan beliau. Jadi, kelas OBS kali ini telah membantu beliau dalam mengendalikan agen-agen jualan beliau serata negeri melalui atas talian. Kelas ini berjalan lebih lancar dengan mengambil perhatian ciri-ciri seperti cara berkomunikasi dan tampilan diri yang lebih baik semasa melaksanakan sesebuah aktiviti secara langsung agar objektif program dapat dicapai sepenuhnya.
Justeru itu, kakitangan PEDi amat mengalu-alukan kunjungan masyarakat yang berminat untuk ceburi bidang perniagaan secara atas talian bagi menyertai kelas-kelas yang dianjurkan untuk usahawan yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Kami amat menantikan kunjungan usahawan setempat dan berbesar hati untuk membantu komuniti meningkatkan pendapatan serta meluaskan empayar perniagaan mereka dimasa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: