Kelas Intensif ICT: Membuat Kad Ucapan Hari Raya Menggunakan Canva
17 April 2023 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Ahad – 16 April 2023 - PEDi Repek telah bekerjasama dengan PEDi Kg. Karangan, Batu Gajah dan Kg. Lawang dalam mengendalikan perkongsian secara langsung melalui Live StreamYard di Facebook yang bertajuk Kelas ICT:Membuat Kad Ucapan Hari Raya menggunakan aplikasi Canva yang berlangsung selama satu jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Perkongsian kali ini bertujuan bagi memperkenalkan komuniti kepada aplikasi digital bagi mereka mencipta kad ucapan hari raya digital untuk dikongsikan di media sosial.
Canva menawarkan banyak templat percuma, canva juga menawarkan beribu-ribu templat pendidikan berkualiti tinggi secara percuma untuk aktiviti pendidikan dalam talian dan ianya sangat menarik.Pada perkongsian kelas ICT hari ini, staf PEDi Karangan selaku hos dan juga pengajar telah menunjukkan cara untuk membuat kad ucapan hari raya yang kreatif dan menarik langkah demi langkah bagi memudahkan penonton mengikuti langkah-langkah tersebut. Cara membuat kad ucapan hari raya menggunakan Canva adalah seperti berikut; Buka Canva dan log masuk atau daftar diri untuk akaun baharu menggunakan e-mel, Google atau profil Facebook anda. Cari "Kad" untuk mula mereka bentuk. Pilih salah satu templat kad Canva yang direka secara profesional. Pilih pelbagai acara dan tema bersama warna serta gaya.Aplikasi yang sangat mesra pengguna ini boleh juga dimuatnaik ke dalam telefon pintar anda. Diharap, dengan perkongsian ini akan dapat memberikan manfaat kepada komuniti yang menonton dan dapat menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba.
Justeru itu, kakitangan PEDi amat mengalu-alukan kunjungan masyarakat yang berminat untuk menyertai kelas-kelas yang dianjurkan untuk komuniti yang baru berjinak-jinak dalam bidang IT dan ICT ini. Kami amat menantikan kunjungan para komuniti dan berbesar hati untuk membantu komuniti meningkatkan ilmu pengetahuan serta meningkatkan kemahiran insaniah dalam mengisi masa lapang dengan lebih bermanfaat untuk masa depan yang lebih baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: