Bicara Klik Dengan Bijak- Buli Siber
27 Mei 2023 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg. Repek, Jumaat – 26 Mei 2022 - PEDi Repek bersama PEDi Batu Gajah dan PEDi Lawang telah menyertai sesi live Bicara Klik Dengan Bijak yang dikendalikan oleh PEDi Repek, dalam satu sesi perkongsian live di Facebook untuk mengupas tentang topik “Buli Siber” menggunakan aplikasi StreamYard live di Facebook Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Batu Gajah. Sesi ini berlangsung dari jam 3.15 petang hingga 4.15 petang ini membicarakan tentang isu buli siber yang biasa dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Buli siber atau gangguan siber adalah sejenis buli yang berlaku dalam talian. Ia dilakukan melalui teks, imej atau video untuk memalukan, mengugut, atau memaki haman mangsa. Mangsa mungkin mendapati sukar untuk melarikan diri kerana pembuli siber ini gigih mengganggu di Internet.
Kesan kepada mangsa termasuk rasa rendah diri, membahayakan diri sendiri, ssukar mempercayai orang lain dan perubahan dalam personaliti. Pada siaran kali ini petugas PEDi juga turut mengupas kesan buli siber kepada mangsa dapat dibahagikan kepada kesan emosi, fizikal dan mental. Antara kesannya termasuklah depresi, kemurungan, perbuatan melukakan dan mencederakan diri sendiri sehingga akhirnya jika tidak dibendung akan mengakibatkan bunuh diri. Kesan fizikal kepada mangsa termasuklah masalah gastrousus seperti sakit perut, muntah dan ulser perut; gangguan pada pola makan dan tidur.
Hal ini menyebabkan mangsa akan sentiasa merasa penat dan kelelahan, petugas PEDi juga turut berkongsi langkah menangani buli siber iaitu adalah dengan berkongsi masalah kepada orang yang lebih dewasa seperti ibu bapa, berehat daripada media sosial bagi memberi ruang pemulihan kepada mangsa dan mangsa tidak digalakan untuk bertindak balas secara langsung dengan pembuli kerana dikhuatiri pembuli akan bertindak lebih agresif. Harus diingat bahawa buli siber merupakan satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang dan boleh diambil tindakan. Pihak PEDi memberikan peringatan agar penonoton tidak terlibat dengan perbuatan ini yang bukan sahaja mermberikan kesan kepada mangsa tetapi juga kepda pembuli. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: