Klik Dengan Bijak - Body Shaming
11 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Selasa – 10 Januari 2023 - PEDi Repek telah bekerjasama bersama PEDi Batu Gajah, PEDi Kg. Karangan dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian live di Facebook untuk mengupas tentang Klik Dengan Bijak (KDB) Body Shaming atau ejekan badan menggunakan aplikasi Streamyard selama satu (1) jam bermula jam 11.10 pagi hingga 12.10. Body shaming adalah satu perbuatan memalukan seseorang dengan memberikan kritikan negatif tentang anggota tubuhnya. Body shaming berlaku apabila seseorang diejek atau direndahkan dengan komen-komen tertentu akibat tidak memenuhi standard masyarakat untuk mempunyai tubuh badan yang “sempurna”. Body shaming berlaku dalam masyarakat kita lebih kerap dari apa yang kita sedari, dan lebih malang, isu ini dianggap “biasa” dan tidak salah dan kadang-kadang dilakukan oleh orang terdekat. Sebaliknya, body shaming sebenarnya banyak memberi kesan negatif kepada mangsanya.
Body shaming memberi kesan negatif kepada mangsa, ianya boleh menyebabkan mangsa hilang keyakinan diri dan meningkatkan ketidakpuasan imej dan tubuh badan mangsa. Mangsa akan menjadi tidak selesa untuk bergaul dengan orang lain dan sangat malu dengan penampilan mereka. Hal ini boleh meningkatkan risiko untuk mangsa mengalami kemurungan. Pihak PEDi berkongsi sedikit tips kepada mangsa body shaming, mangsa harus menerima diri sendiri seadanya, menyayangi dan menghargai fizikal tubuh badan. Mangsa juga harus berhenti membuat perbandingan, kita harus menerima kenyataan bahawa setiap orang berbeza, dan seseorang itu akan berubah dari masa ke semasa. Pada siaran kali ini pihak PEDi menegaskan kita hendaklah berhati-hati agar kita tidak menyinggung perasaan sesiapa tanpa kita sedari dan secara tidak langsung melakukan body shaming kepada seseorang kerana body shaming ini adalah perbuatan buli dan perbuatan body shaming boleh didakwa. Justeru itu kita perlu membetulkan yang biasa, dan membiasakan yang betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: