Bual Bicara Pendidikan: Sistem Pembelajaran Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Vs Arus Perdana
26 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Sabtu – 25 Februari 2023, PEDi Repek telah bekerjasama dengan PEDi Batu Gajah dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian dalam satu sesi perkongsian live di StreamYard dan Facebook untuk memberi pendedahan berkaitan topik “Sistem Pembelajaran PPKI VS Arus Perdana”. Tetamu jemputan, Puan Siti Suraida Sidik merupakan guru PPKI SK Sri Kiambang. Sesi perkongsian ini berlangsung selama satu (1) jam bermula pukul 4.30 petang hingga 5.30 petang. Pihak PEDi memilih topik “Sistem Pembelajaran PPKI VS Arus Perdana” kerana ia menjadi topik semasa pada masa kini untuk memberi panduan kepada ibu bapa mengenali anak berkeperluan khas ini supaya ibu bapa cakna untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang mempunyai kelas PPKI ini.
Biasanya masyarakat tidak faham apa itu Program Pendidikan Khas Integrasi atau PPKI. Cikgu Siti Suraida telah memberi keterangan sedikit sebanyak mengenai program PPKI. PPKI merupakan sebuah program yang ditubuhkan dan ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai kelas untuk murid pendidikan khas atau murid-murid istimewa. Siapa yang boleh mendaftar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)? 1. Murid bermasalah penglihatan, 2. Murid bermasalah pendengaran, 3. Murid bermasalah pembelajaran. Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu ‘kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa’ (Chua, 1982).
Ciri-ciri murid berkeperluan khas ialah; (Autisme, Epilepsi, Pintar Cerdas dan Berbakat, Lembam, Cerebral Palsy, Acalculia, Discalculia, Disgrafia, Sindrom Down, Disleksia). Justeru itu ibu bapa dinasihatkan sekiranya mempunyai anak-anak berkeperluan khas, ibu bapa perlu menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang mempunyai kelas PPKI ini. Sekolah ini juga mampu mendidik anak-anak menjadi insan sempurna dari segi pembelajaran dan juga kemahiran asas dalam hidup. Oleh itu, staf PEDi berharap dengan segala perkongsian daripada cikgu PPKI SK Sri Kiambang ini memberi manfaat kepada seluruh komuniti agar cakna dengan program PPKI yang mempunyai banyak kelebihan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: