Kelas ICT: Belajar Melalui Laman Sesawang ABCya! (Learning Games)
14 April 2023 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Khamis – 13 April 2023 - PEDi Repek kali ini berpeluang melaksanakan Kelas ICT: Belajar Melalui Aplikasi ABCya! (Learning Games) bersama pelajar sekolah rendah dari SK Sri Kiambang. Kelas ini telah melibatkan seramai lapan (8) orang pelajar. Kelas yang berlangsung selama satu jam ini memberi pendedahan kepada mereka tentang permainan atas talian yang berunsurkan pendidikan dalam menarik minat pelajar generasi hari ini untuk belajar dengan lebih giat menggunakan teknologi hari ini. ABCya! merupakan sebuah perisian yang menyediakan lebih 300 permainan pendidikan yang menyeronokkan untuk pelajar pra hingga tahun 6.
Aktiviti perisian ini direka untuk para ibu bapa dan guru yang memahami bahawa kanak-kanak lebih suka belajar dalam keadaan yang menyeronokan. Permainan yang disediakan telah dikategorikan mengikut gred dan subjek serta meliputi topik seperti pendaraban, bahagian pertuturan, menaip, pengecaman corak dan banyak lagi yang mempunyai grafik yang sangat inovatif untuk terus diterokai tanpa jemu. Hal ini secara tidak langsungnya dapat menarik minat mereka untuk belajar dengan lebih baik dan seronok tanpa rasa terbeban. Kelas kali ini merupakan kelas matematik yang melibatkan permainan kira-kira yang bersesuaian dengan aras pendidikan sekolah rendah. Mereka diberi peluang untuk menerokai laman sesawang ini tanpa had selama satu jam dan perlu memberi maklum balas apa yang telah dipelajari sebelum kelas berakhir.
Kebanyakkannya yang menyatakan mereka sangat seronok dan teruja untuk terus bermain kerana ianya sangat menarik dan mudah untuk diakses. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk menerokai pelbagai jenis permainan yang lain di akhir sesi kelas. Justeru itu, kakitangan PEDi amat mengalu-alukan kunjungan masyarakat yang berminat untuk menyertai kelas-kelas yang dianjurkan untuk komuniti yang baru berjinak-jinak dalam bidang IT dan ICT ini. Kami amat menantikan kunjungan para komuniti dan berbesar hati untuk membantu komuniti meningkatkan ilmu pengetahuan serta meningkatkan kemahiran digital dalam mengisi masa lapang dengan lebih bermanfaat untuk masa depan yang lebih baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: