Canva: Pembentangan Audiovisual
26 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg. Repek, Rabu – 25 Januari 2023 - PEDi Repek kali ini bekerjasama dengan PEDi Kg. Karangan, Kg. Lawang dan Kajang Sebidang dalam telah mengendalikan kelas Canva: Pembentangan Audiovisual yang berlangsung selama satu jam yang disiarkan melalui Live StreamYard di Facebook PEDi Repek. Perkongsian kali ini bertujuan bagi memperkenalkan komuniti kepada alat bantu pembentangan yang berbentuk audiovisual menggunakan aplikasi Canva.
Perkongsian hari ini dimulai dengan memperkenalkan komuniti kepada aplikasi Canva yang merupakan satu alat bantu digital yang mempunyai pelbagai ciri dan elemen yang menarik untuk diterokai oleh para pelajar, usahawan, pendidik dan sebagainya. Canva ini boleh diakases oleh setiap lapisan masyarakat untuk tujuan dan kegunaan yang berbeza seperti mereka bentuk flyers, poster, kad undangan, stiker dan banyak lagi. Kelas kali ini dimulai dengan menerangkan tentang kaedah dan penggunaan pembentangan audiovisual.
Tenaga pengajar hari ini merupakan Penolong Pengurus PEDi Repek, Cik Aina yang telah menerangkan cara-cara membuat pembentangan audiovisual melalui Canva yang dimulai dengan melancarkan aplikasi Canva, membuat pendaftaran dan seterusnya membuat carian templat yang bersesuaian sebelum memasukkan maklumat-maklumat topik perbincangan yang ingin dibentangkan. Pembentangan audiovisual ini juga dapat disediakan dengan penuh kreativiti dengan menggunakan pelbagai tulisan yang menarik, grafik, infografik, imej, video, audio, muzik dan lebih banyak lagi yang disediakan secara percuma. Para pengguna juga boleh memuat naik gambar atau video yang ingin ditonjolkan dalam slaid pembentangan tersebut. Akhir sekali, para pengguna boleh membuat rakaman video untuk membentangkan topik yang berkaitan selari dengan slaid yang disediakan berserta dengan animasi-animasi yang menarik untuk dipamerkan dan dibentangkan kepada golongan sasaran.
Justeru itu, kakitangan PEDi amat mengalu-alukan kunjungan masyarakat yang berminat untuk menyertai kelas-kelas yang dianjurkan untuk komuniti yang baru berjinak-jinak dalam bidang IT dan ICT ini. Kami amat menantikan kunjungan para komuniti dan berbesar hati untuk membantu komuniti meningkatkan ilmu pengetahuan serta meningkatkan kemahiran insaniah dalam mengisi masa lapang dengan lebih bermanfaat untuk masa depan yang lebih baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: