Kelas Tik Tok Bersama PEDi - Cara Masukkan Gambar Dan Affiliate Di Tik Tok Menggunakan Tik Tok Seller Center
25 September 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Sabtu – 24 September 2022 - PEDi Repek telah bersama mengikuti sesi kelas usahawan Online yang dikelolakan oleh Pengurus PEDi Batu Gajah dengan kerjasama dengan PEDi Lawang, PEDi Karangan dan PEDi Repek. Sesi live pada kali ini adalah berkenaan cara untuk membuka memasukkan produk jualan di Tik Tok dengan menggunakan website Tik Tok Seller Center. Setelah melengkapkan maklumat profil yang dikehendaki, peniaga bolehlah memasukkan gambar produk yang ingin dijual.
Gambar produk merupakan perkaraa paling penting bagi peniaga atas talian kerana pembeli akan membeli barang jualan peniaga melalui produk yang dimuat naik. Oleh itu, pemilihan gambar yang cantik dan jelas sangat penting untuk menarik perhatian dan minat bakal pembeli. Affiliate Marketing adalah satu sistem pemasaran menggunakan komisen. Peniaga hanya perlu mempromosikan produk ataupun link produk daripada perniagaan syarikat atau individu lain dengan kebenaran pemilik untuk menarik pembeli. Jika pembeli membeli produk berkenaan melalui iklan yang dikongsi, peniaga tersebut akan mendapat komisen seperti yang telah dipersetujui.
Matlamat utama pihak PEDi dalam berkongsi ilmu keusahawan ini kerana tik tok menjadi trending masa kini dan Pihak PEDi berharap agar dapat membantu komuniti setempat memajukan lagi peniagaan atas talian mereka dan berada di landasan yang tepat. Pihak PEDi sentiasa mencari ilmu-ilmu keusahawan yang terkini agar komuniti setempat tidak ketinggalan dalam perubahan teknologi masa kini yang sentiasa ke depan dalam perkembangan selaras dengan dunia semakin canggih. Semoga penonton mendapat manfaat daripada perkongsian pada siaran kali ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: