Kelas ICT : Cara Memasukkan Gambar Ke Dalam Blok Tulisan Menggunakan Ms Power Point
26 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Isnin – 25 Julai 2022 - PEDi Repek bersama PEDi Batu Gajah dan PEDi Lawang telah menyertai satu sesi perkongsian yang dikendalikan oleh PEDi Karangan iaitu Kelas ICT: Cara Memasukkan Gambar Ke Dalam Blok Tulisan Menggunakan Ms Power Point, secara langsung di Facebook menggunakan aplikasi StreamYard. Kelas pada hari tersebut dikendalikan oleh Puan Aisha dari PEDi Karangan, beliau telah berkongsi ilmu berkaitan cara mudah memasukkan gambar ke dalam tulisan dengan hanya menggunakan Ms Office iaitu Ms PowerPoint. Microsoft PowerPoint ialah program persembahan slaid yang berkuasa. Ia adalah komponen standard perisian Microsoft Office, dan digabungkan bersama Word, Excel dan alat produktiviti yang lain.
Kelas yang berlangsung selama satu (1) jam ini dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi streamyard live di facebook untuk memudahkan pengguna dan pelajar untuk merujuk perkongsian ini pada bila-bila masa jika terlepas peluang melihat secara live. Kelas ini dimulakan pada jam 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Staf telah menunjukkan satu per satu langkah untuk memasukkan gambar ke dalam blok tulisan yang dibina. Para penonton juga boleh melihat langkah ini yang telah dikongsikan di dalam paparan slaid sepanjang siaran berlangsung. Pihak PEDi berharap dengan kelas ini akan dapat membantu masyarakat serta pelajar yang tidak mahir dalam menggunakan perisian Microsoft agar menjadi lebih mahir. Semoga penonton mendapat manfaat daripada perkongsian pada siaran kali ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: