Kelas Asas ICT: Membuat Jadual Menggunakan Microsoft Excel, PowerPoint dan Word
14 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Ahad – 13 Februari 2022 - PEDi Repek telah menyertai bersama PEDi Karangan dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian yang dibuat oleh PEDi Batu Gajah iaitu Kelas Asas ICT: Membuat Jadual Menggunakan Microsoft Excel, PowerPoint dan Word, secara langsung di Facebook menggunakan aplikasi StreamYard. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer iaitu perisian Microsoft supaya penonton tahu cara untuk menggunakan perisian ini dan mana-mana perisian Microsoft yang mereka rasakan sesuai dan mudah digunakan.
Kelas pada hari tersebut dikendalikan oleh Cik Hanani dari PEDi Batu Gajah, beliau telah berkongsi cara untuk membuat jadual mingguan, bulanan, dan tahunan menggunakan MS Excel, PowerPoint dan Word. Jadual aktiviti merupakan salah satu hal yang penting untuk diri sendiri, organisasi dan sewaktunya dalam memastikan target atau matlamat mampu dicapai. Pada permulaannya Cik Hanani telah berkongsi cara untuk membuat jadual mengunakan MS Excel menggunakan templat yang telah tersedia dalam perisian MS Excel, dengan perisian ini kita boleh membuat jadual dengan cepat dan senang. Cik Hanani kemudiannya menunjukkan cara untuk membuat jadual menggunakan MS PowerPoint, untuk perisian ini, beliau memasukan kotak mengikut jumlah yang diperlukan berdasarkan kreativiti dan keperluan masing-masing. Beliau juga menjelaskan kegunaan simbol yang terdapat di perisian tersebut seperti jenis tulisan, saiz tulisan, dan corak yang boleh ditukar mengikut kreativiti masing-masing.
Kemudiannya untuk perisian MS Word, Puan Norbaya dari PEDi Repek telah berkongsi cara membuat jadual bulanan, beliau menerangkan kegunaan simbol yang terdapat di perisian tersebut seperti jenis tulisan, saiz tulisan, cara untuk memasukan gambar untuk menjadikan jadual kelihatan menarik dan cara untuk menukar latar belakang jadual kepada warna yang dikehendaki. Kelas ini diadakan secara atas talian melalui aplikasi StreamYard di Facebook kerana keadaan semasa, semua aktiviti wajib dijalankan dalam talian. Pihak PEDi berharap dengan kelas ini akan dapat membantu masyarakat serta pelajar yang tidak mahir dalam menggunakan perisian Microsoft agar menjadi lebih mahir. Semoga penonton mendapat manfaat daripada perkongsian pada siaran kali ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: