Bicara KDB- Bolehkan Anda Hidup Tanpa Telefon Pintar
26 April 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Isnin – 25 April 2022 - PEDi Repek bersama PEDi Kg. Karangan dan PEDi Lawang telah menyertai live bersama PEDi Batu Gajah dalam satu sesi perkongsian live di Facebook untuk mengupas tentang Klik Dengan Bijak dengan topik “Bolehkah Anda Hidup Tanpa Telefon Pintar”? menggunakan aplikasi StreamYard dan dikendalikan oleh Cik Hanani dari PEDi Batu Gajah. Pihak PEDi memilih topik ini ekoran penggunaan telefon pintar pada masa kini adalah satu keperluan tidak kira peringkat umur. Hal ini berikutan dari penggunaan telefon pintar menjadi satu keperluan berikutan dari wabak pandemik Covid 19 yang memerlukan pengguna menggunakan telefon pintar dan internet dalam kehidupan harian.
Perkongsian pada kali ini adalah untuk berkongsi tentang kepentingan telefon pintar pada masa kini kepada masyarakat di era Globalisasi. Pihak PEDi menekankan terdapat banyak kepentingan telefon pintar, antara kepentingan telefon pintar adalah untuk melayari internet, sebagai pusat multimedia untuk setiap carian maklumat, menonton filem atau cerita, membuat tugasan dan lain-lain yang menggantikan komputer di rumah dan ia mudah di bawa. Telefon pintar juga dijadikan sebagai alat untuk membantu para usahawan dalam memajukan perniagaan mereka melalui kemudahan yang tersedia pada telefon pintar.
Selain itu, telefon pintar juga menjadi kepentingan kepada masyarakat semasa membuat pembelian atas talian, pembelajaran secara atas talian dan komunikasi secara atas talian. Namun begitu pihak PEDi turut mengingatkan kepada komuniti agar berpada-pada menggunakan telefon walaupun ia penting, kita haruslah menjadi pengguna yang bijak dan pengguna yang bermotivasi dalam apa jua perkembangan teknologi masa kini, pengguna bijak adalah pengguna yang mengikut kemampuan,keperluan,dan bukan mengikut trend sehingga memberi kesan negatif kepada diri sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: