Majlis Agihan 7 Likur Happy Box Maxis
23 April 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital , Jumaat - 22 April 2022 – PEDi Repek telah mengadakan Majlis Agihan 7 Likur Happy Box yang dianjurkan oleh Maxis Sdn. Bhd. Majlis agihan yang telah melibatkan golongan asnaf di sekitar Pasir Mas, Kelantan ini telah berlangsung selama satu jam dan ianya telah dirasmikan oleh En. Roma Bin Hamat selaku penghulu Kampung Repek, majlis ini juga dihadiri oleh Ms. Shi Hui Yin, Head of Sales dan En. Faris Hafizi Bin Ismail, Area Manager Maxis Kelantan yang mewakili pihak Maxis Sdn. Bhd.
Majlis ini bertujuan untuk berkongsi kegembiraan bersama 100 keluarga yang terdiri dari golongan asnaf sempena menjelangnya Aidilfitri yang bakal diraikan oleh orang Islam tidak lama lagi. Program ini telah mendapat sambutan positif dari pelbagai pihak serta penghulu Kg. Repek yang sangat mengalu-alukan kedatangan pihak-pihak luar yang sudi untuk berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan. Terpancar sinar kegembiraan diwajah penerima-penerima sumbangan 7 Likur Happy Box ini seperti yang diluahkan oleh Puan Che Zuhara Bin Che Ahmad,41 bahawasanya beliau sangat berterima kasih kepada Maxis Sdn Bhd kerana sudi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri keluarga beliau dengan sumbangan hari ini. Beliau juga berharap majlis agihan 7 Likur Happy Box ini dapat diteruskan di tahun akan datang agar semua golongan yang memerlukan dapat jua menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia dengan lebih bermakna.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: