Kelas Keusahawanan: Penyediaan Templat Laporan Rekod Jualan Harian Menggunakan Microsoft Excel
17 November 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Rabu – 16 November 2022 - PEDi Repek sekali telah mengendalikan kelas bersama seorang usahawan berkaitan Penyediaan Templat Laporan Rekod Jualan Harian Menggunakan Microsoft Excel. Kelas ini bertujuan bagi membantu usahawan menguruskan perniagaan beliau dengan lebih sistematik dan efisien. Hal ini telah menarik minat Puan Sharon Tan Hui Lee, 51 atau lebih mesra disapa sebagai Kak Sharon yang merupakan usahawan PEDi Repek yang selalu bersemangat untuk mempelajari ilmu ICT baru bagi membuat penambahbaikan dalam pengurusan perniagaan beliau.
Kelas ini melibatkan pengiraan stok keluar masuk, mengenalpasti stok awal dan stok akhir, merekod jualan harian (sales) dan rekod perbelanjaan-perbelanjaan lain (expenses) untuk melihat untung rugi jualan secara harian. Kelas ini merupakan kelas yang keenam yang disertai oleh usahawan ini yang menjual pelbagai produk kecantikkan dan kesihatan yang kenali sebagai NB Beauty Wellness. Beliau giat mempromosikan produk serta perkhidmatan salon dari ke rumah-rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Namun kini, beliau mula memperkenalkan produk jualan beliau dengan merasmikan pembukaan salon beliau tersendiri. Jadi, perniagaan beliau juga telah mengalami peningkatan jualan yang sangat baik. Jadi, dengan menggunakan Excel beliau dengan mudahnya dapat merekod laporan jualan harian dan mengira untung rugi harian setelah memasukkan data-data perniagaan yang tepat ke dalam perisian Excel. Jadi, hal ini dapat memudahkan beliau memantau rekod jualan perniagaan beliau dengan lebih terperinci. Justeru itu, kakitangan PEDi amat mengalu-alukan kunjungan masyarakat yang berminat untuk ceburi bidang perniagaan secara atas talian bagi menyertai kelas-kelas yang dianjurkan untuk usahawan yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Kami amat menantikan kunjungan usahawan setempat dan berbesar hati untuk membantu komuniti meningkatkan pendapatan serta meluaskan empayar perniagaan mereka dimasa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: