ICT bersama PEDi - Membuat ID Card Menggunakan MS Word
22 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Sabtu – 21 Mei 2022 - PEDi Repek bersama-sama PEDi Lawang, PEDi Kg. Karangan telah menyertai siaran langsung yang dikendalikan oleh PEDi Batu Gajah yang dikongsikan melalui Live StreamYard di Facebook yang berlangsung selama satu (1) jam bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang. Kelas ICT bersama PEDi ini diberi tajuk “Membuat ID Card Menggunakan MS Word” yang memfokuskan tentang cara-cara membuat ID Card tanpa menggunakan aplikasi.
ID Card merupakan satu kad identiti yang melambangkan atau menunjukkan tentang identiti sesebuah syarikat, pekerjaan, dan karyawan yang mewakili sesuatu entiti. Kakitangan PEDi Batu Gajah, Cik Hanani memulai siaran dengan memberi penjelasan tentang fungsi-fungsi dan kegunaan ID Card. Antaranya, ianya secara rasminya menunjukkan identiti sesebuah entiti dan karyawan yang boleh meningkatkan lagi keyakinan diri mereka dengan adanya kad tersebut jika terlibat dalam sesebuah program di luar kawasan pejabat. Ianya juga dapat memberi perbezaan antara karyawan dan bukan karyawan sesebuah perusahaan berserta jawatannya sehingga dapat menjaga keamanan serta ketertiban dalam lingkungan kerja. ID Card ini juga dapat digunakan untuk membuka atau menutup pintu masuk ke ruang pejabat selain dapat menjadi medium promosi ketika karyawan melakukan kunjungan ke perusahaan lain atau kegiatan lain di luar perusahaan.
Kelas siaran langsung kali ini telah menunjukkan cara-cara membuat ID Card menggunakan MS Word dari langkah pertama sehingga langkah akhir dan dimulai dengan memilih saiz kad yang sesuai untuk dijadikan ID Card. Kemudian, logo, jawatan, nama, nombor karyawan juga merupakan aspek yang sewajarnya dipamerkan di ID Card seorang karyawan sesebuah entiti. Pemilihan warna juga memainkan peranan penting dalam menyediakan ID Card ini bagi menunjukkan identiti sesebuah perusahaan yang berkaitan dengan lebih jelas lebih-lebih lagi setiap perusahaan kebiasaannya memiliki warna tema tersendiri seperti KFC yang menjadikan warna merah sebagai warna utama dan McDonalds memilih warna kuning sebagai warna utama mewakili perusahaan mereka. Kelas yang berlangsung selama satu jam ini diharapkan dapat diikuti oleh para penonton dengan baik. Akhir sekali, kakitangan PEDi berharap segala perkongsian maklumat serta pembelajaran dan pembelajaran kelas ICT ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar, guru, syarikat atau sesebuah entiti dalam menyediakan ID Card yang lebih mudah dan menarik untuk diikuti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: