Kursus Train The Trainer’ (TTT) Autocrat (E-Sijil) Pengurus, Penolong Pengurus PEDi Maxis & DIGI
24 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Sabtu – 23 Julai 2022 – PEDi Repek telah menyertai satu kursus yang dianjurkan oleh PEDi Semenyih iaitu Kursus Train The Trainer (TTT) Autocrat – eSijil. Kursus ini telah berlangsung selama dua (2) hari, bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang melibat Pengurus PEDi Maxis & Digi pada hari Sabtu 23 Julai 2022 dan Penolong Pengurus PEDi Maxis & Digi pada hari Ahad 24 Julai 2022 secara atas talian melalui aplikasi Google Meet. En Anwar Maso’od selaku Pengurus PEDi Semenyih telah mengendalikan kursus latihan yang disertai oleh para Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi dibawah seliaan Nera Sdn. Bhd. Kursus ini bertujuan bagi mendedahkan para peserta tentang cara mengedit sijil menggunakan laman sesawang google, di mana penggunaan dokumen di dalam perisian google drive digunakan untuk mengedit sijil dengan cepat dan mudah.
Pada sesi tersebut En. Anwar menunjukkan cara menggunkan perisian Autocrat. Autocrat ialah alat gabungan dokumen pelbagai guna yang berfungsi dengan Google Drive. Ia membolehkan anda mengambil data daripada hamparan dan menggabungkannya ke dalam dokumen melalui templat. Autocrat ialah medan di mana yang kita hendak menggabungkan templat melalui (tag gabungan) dan kemudian biarkan Autocrat menjana dokumen peribadi secara besar-besaran. Pengguna juga boleh menghantar dokumen sebagai lampiran e-mel. Sebelum kursus ini dimulakan, semua staf diminta untuk menyediakan akaun Google, menyiapkan templat sijil contoh dan mencetak nota yang telah diberikan di dalam email. Templat ini diperlukan untuk kegunaan semasa kursus berlangsung. Encik Anuar menunjukkan langkah demi langkah cara untuk membuat sijil menggunakan aplikasi Autocrat ini. Perkongsian ini tentunya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para peserta bagi meningkatkan fungsi PEDi kepada komuniti dan dapat berkongsi ilmu baru dengan komuniti yang memerlukannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: