Kelas Asas ICT: Prezi
29 April 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital , Khamis - 28 April 2022 – PEDi Repek kali ini telah mengadakan Kelas Asas ICT: Prezi yang disertai oleh pelajar dari Matrikulasi Kok Lanas, Kelantan yang ingin meningkatkan ilmu kemahiran untuk sesi pembentangan dalam kelas dengan lebih baik. Pelajar ini merupakan pelajar semester pertama yang masih membiasakan diri dalam mengikuti kelas secara atas talian.
Kelas kali ini telah mendedahkan mereka dengan asas penggunaaan perisian Prezi yang lebih menarik berbanding Microsoft PowerPoint yang sangat sinonim dengan pelajar di pusat pengajian tinggi. Prezi adalah sebuah perisian masa kini yang fungsi utamanya hampir sama dengan Power Point, yaitu untuk presentasi berasaskan sambungan internet. Selain untuk presentasi, Prezi juga dapat digunakan sebagai alat untuk mengeksplorasi dan berkongsi idea di atas kanvas virtual.
Pada mulanya, mereka dimaklumkan bahawasanya perisian ini menggunakan Zooming User Interface yang lebih dikenali ZUI yang memerlukan sambungan internet untuk digunakan. Mereka juga diajar tentang pemilihan template yang bersesuaian dengan tajuk pembentangan mereka agar dapat menyampaikan maklumat yang ingin dikongsikan dengan lebih jelas lebih-lebih lagi pembentangan secara atas talian. Mereka juga diberi tunjuk ajar untuk menyimpan dan berkongsi slide pembentangan Prezi dengan rakan-rakan yang lain dengan mudah.
Setelah mencuba mempraktikkan apa yang dipelajari, mereka mula menunjukkan minat yang lebih mendalam untuk mempelajari kelebihan penggunaan Prezi yang tampak susah untuk digunakan pada mulanya. Jadi, kakitangan PEDi juga memberi penerangan tentang kelebihan-kelebihan Prezi seperti dapat diakses secara online dan offline selain variasi pilihan template yang lebih dinamik dan unik untuk digunakan berbanding Ms PowerPoint.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: