Kelas Intensif ICT: Membuat Kad Ucapan Menggunakan Canva
27 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Khamis – 26 Ogos 2022 - PEDi Repek telah mengadakan Kelas Intensif ICT: Membuat Kad Ucapan Menggunakan Canva yang disertai oleh Tuan Arif Daniel Bin Tuan Mohd Suhaiman, 20 yang merupakan seorang pelajar yang mempunyai kerja sampingan di sebuah chalet di Kelantan. Beliau tertarik untuk membuat kad ucapan Sambutan Hari Merdeka mewakili warga pekerja di chalet tersebut.
Pada mulanya, kakitangan PEDi memulakan kelas ICT kali ini dengan berkongsi tentang cara pendaftaran untuk menggunakan aplikasi Canva secara percuma. Kemudian, beliau juga diberi penjelasan tentang kegunaan asas Canva yang perlu dipelajari dan diketahui dalam membuat kad ucapan dengan menggunakan simbol-simbol dan ikon-ikon yang terdapat dalam aplikasi ini. Beliau juga mempelajari cara-cara menukarkan saiz-saiz tulisan, jenis-jenis ayat, warna-warna yang sepadan, dan gambar-gambar yang sesuai dan sebagainya bagi menggambarkan kad ucapan yang bersesuaian dengan tema kemerdekaan.
Setelah kelas tamat, peserta diberi masa untuk membiasakan diri menggunakan aplikasi Canva ini untuk berkarya sebagai langkah pemerhatian tentang perkembangan pemahaman pelajar akan penggunaan aplikasi ini sepanjang kelas dilaksanakan. Justeru itu, kakitangan amat mengalu-alukan para pelajar setempat untuk ke PEDi berdekatan bagi mempelajari kelas-kelas ICT yang dianjurkan bagi melahirkan komuniti yang celik IT seiring dengan perkembangan teknologi era yang serba canggih ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: