Kelas Asas Ict – Tutorial Membuat Pelekat Nama
28 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Ahad – 27 Mac 2022 - PEDi Repek bersama PEDi Batu Gajah dan PEDi Karangan telah menyertai satu kelas ICT secara atas talian. Sesi perkongsian ICT pada kali ini dikendalikan oleh Pengurus PEDi Lawang Pn.Amnina yang bersiaran pada pukul 10.30 pagi di platform media sosial iaitu Facebook PEDi Lawang menggunakan aplikasi StreamYard live.
Sesi perkongsian pada kali ini bertujuan untuk mendedahkan masyarakat ilmu asas ICT dalam membuat pelekat label nama mengikut saiz pelekat, dengan hanya menggunakan perisian Microsoft Word pelekat nama boleh dibuat, kad ucapan terima kasih sempena majlis keraian juga boleh dihasilkan sendiri di rumah. Puan Amnina selaku pengendali kelas telah menunjukkan cara-cara membuat label tersebut dengan beberapa fungsi pada Microsoft Word mengikut ukuran saiz pada pelekat nama. Antaranya menggunakan fungsi ‘Mailing’ untuk membuat jadual bagi mengisi nama di ruang kotak yang telah dipilih kesesuaian saiz dari kolum atas dan bawah. Pihak PEDi juga menunjukkan cara menukar warna pada latar belakang kad nama bagi memperlihatkan kad nama lebih menarik dan cantik.Fungsi pada ‘Shape’ atau bentuk pada fungsi Microsoft Word digunakan untuk membuat hasil kreativiti lain seperti bentuk awan,bentuk emoji dan lain-lain bagi memperlihatkan kreativiti pengguna.
Diharapkan sesi perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang menonton. Sesi perkongsian ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat setempat tentang penggunaan ICT pada masa sekarang yang sememangnya amat memerlukan kemahiran dan kreativiti dalam menggunakan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: