Bengkel Malaysia ICT Volunteer (MIV) Bersama Komuniti
21 September 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Selasa – 20 September 2022 – PEDi Repek bersama PEDi-PEDi sekitar Kelantan telah menyertai Bengkel Malaysia ICT Volunteer (MIV) Bersama Komuniti yang telah berlangsung di Hotel H Elite Design Hotel, Kota Bharu, Kelantan. Malaysia ICT Volunteer (MIV) ialah satu platform sukarelawan ICT yang menyasarkan untuk mengelolakan sukarelawan ICT sebagai sumber yang boleh membantu pelbagai komuniti di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti di dalam penggunaan dan pembangunan ICT di dalam komuniti. MIV bersama komuniti ini adalah program sukarelawan ICT dimana sukarelawan ini akan membantu komuniti dalam berkongsi pengetahuan dan menggalakkan serta meningkatkan kemahiran penggunaan ICT mereka.
Selain itu sukarelawan juga akan membantu PEDi dalam memperkenalkan usahawan-usahawan baru dan membantu para usahawan ini meningkatkan pendapatan mereka dengan menggunakan platform digital untuk pemasaran produk. Bengkel yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang ini dimulakan dengan Pengenalan MIV serta Tugasan Sukarelawan oleh Puan Nur Amanina Che Azemi, dari MCMC, kemudian diteruskan oleh En Abi Saif Al Anuar dari Abi Saif Academy iaitu Pemasaran Menggunakan Media Sosial. Seterusnya E-Bayaran Luqman Mohd Hata dari PayNet, dan sesi Perkongsian Produk & Perkhidmatan Pos Malaysia Mohd Syafiq Aizat bin Md Shahri dari Pos Malaysia. Pada sebelah petang taklimat Kemahiran Insaniah: Kemahiran Berkomunikasi dan Berinteraksi disampaikan Prof. Madya Dr. Ali Salman, Universiti Malaysia Kelantan dan terakhir Penggunanaan Telefon Pintar untuk Fotografi Videografi dan Aplikasi Penyuntingan Prof. Madya Ts. Dr. Nik Zulkarnaen Bin Khidzir, Universiti Malaysia Kelantan
MIV Komuniti adalah program sukarelawan ICT yang menumpukan kepada peningkatan literasi digital di kalangan komuniti untuk memaksimumkan faedah ICT untuk diri mereka dan komuniti serta menggalakkan perniagaan tempatan secara lebih ketara menerusi penggunaan media sosial. Diharapkan sukarelawan yang menyertai program ini mendapat manfaat dari bengkel ini dan dapat membantu komuniti dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT mereka serta dapat meningkatkan membantu usahawan digital meningkatkan pendapatan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: