Live Streamyard: Ibu Bapa Cakna Keselamatan Anak Di Rumah
24 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Khamis – 23 Jun 2022 - PEDi Repek bersama-sama PEDi Lawang telah bersiar secara langsung yang dikongsikan melalui Live StreamYard di Facebook yang berlangsung selama satu (1) jam bermula jam 4 petang hingga 5 petang. Siaran langsung yang diberi tajuk “Ibu Bapa Cakna Keselamatan Anak Di Rumah” kali ini berkisarkan isu semasa yang semakin meruncing iaitu kemalangan dirumah yang melibatkan anak-anak. Jadi, kakitangan PEDi mengambil inisiatif ini bagi memberi peringatan kepada para ibu bapa untuk terus berwaspada tentang kemalangan yang sering berlaku dirumah.
“Kanak-Kanak 4 Tahun Kritikal, Ada Dadah Dalam Badan” merupakan berita terbaru yang menggemparkan seluruh Malaysia. Begitu juga dengan “Kanak-Kanak Maut Leher Tersangkut Buaian”, “Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Jatuh Tingkat 1”, “Kanak-Kanak Maut Tertusuk Pisau Di Dada”, “Kanak-Kanak Melecur Terkena Air Panas Mi Segera” dan banyak lagi berita yang sering kali dilaporkan melibatkan kemalangan anak-anak dirumah. Hal ini menunjukkan kemalangan boleh berlaku dimana sahaja terutamanya di kediaman sendiri lebih-lebih lagi yang melibatkan kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah. Jadi, ibu bapa perlu lebih cakna dalam mencegah kemalangan anak-anak dari terus berlaku di rumah.
Perkongsian ini telah mengupas tentang punca-punca dan jenis-jenis kemalangan kanak-kanak dirumah, langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku dirumah, tindakan awal yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kemalangan dan peranan ibu bapa dalam memastikan kanak-kanak selamat di rumah. Antara punca-punca utama kemalangan dirumah ialah peralatan permainan, barangan elektrik, peralatan dapur, perhiasan rumah dan banyak lagi. Jadi, ibu bapa perlu memastikan sebarang peralatan elekrik, tajam, berbucu, berduri dan seumpamanya perlu disimpan ditempat yang bersesuaian lebih-lebih lagi kemalangan ini kebiasaanya berlaku ke atas kanak-kanak yang masih belum dapat membezakan perkara yang boleh membahayakan mereka.
Akhir sekali, kakitangan PEDi juga berharap segala perkongsian saiaran langsung kali ini dapat memberi manfaat kepada para penonton untuk terus mengambil iktibar dari kemalangan-kemalangan yang dilaporkan di sosial media. Ibu bapa perlu memberi pengawasan yang sewajarnya kepada kanak-kanak walaupun di kediaman sendiri daripada menyesal di kemudian hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: