Panduan Keselamatan Kebakaran & Banjir Bersama JBPM Kuala Krai
23 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Selasa – 22 Mac 2022 - PEDi Repek bersama PEDi Batu Gajah dan PEDi Lawang telah menyertai sesi perkongsian temubual PEDi bersama Encik Mohd Razani Bin Mamat, Pegawai Bomba Kanan 2, Pegawai Operasi Pasukan B, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Kelantan bertajuk Panduan Keselamatan Kebakaran dan Banjir. Program dianjurkan oleh PEDi Karangan dihoskan oleh Pengurus PEDi Kg Karangan iaitu Saudari Aisha. Sesi Live ini bersiaran pada pukul 10.40 pagi di platform media sosial iaitu Facebook PEDi Kg Karangan menggunakan aplikasi StreamYard live.
Pihak PEDi menganjurkan program ini dan memilih tajuk Panduan Keselamatan Kebakaran dan Banjir adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat setempat tentang tindakan yang perlu diambil jika terjadi sesuatu kebakaran ataupun banjir sama ada di rumah ataupun mana-mana lokasi yang berkaitan. Selain itu, pihak bomba juga memberikan tip dan kaedah yang wajar diambil untuk mengelakkan sebarang kebakaran daripada berlaku, seperti membeli alat pemadaman api untuk setiap rumah, memasang alat pengesan haba serta membuat semakan berkala keatas setiap peralatan dan wayar elektrik di setiap rumah ataupun bangunan kediaman masing-masing.
Perkongsian pada kali ini diharapkan bermanfaat untuk semua dan komuniti dapat menerapkan serta menggunakan langkah-langkah yang boleh mereka ambil sebelum pasukan keselamatan tiba di rumah mereka jika berlakunya kebakaran dan tindakan yang patut mereka ambil jika berlakunya banjir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: