Kelas Usahawan: Mengedit Gambar & Video Untuk Pemasaran Produk Secara Atas Talian
23 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Sabtu – 22 Januari 2022 - PEDi Repek telah mengendalikan kelas bersama seorang usahawan baru berkaitan pemasaran produk. Kelas ini memfokuskan tentang cara-cara mengedit gambar dan video untuk tujuan pemasaran produk secara atas talian. Puan Sharon Tan Hui Lee, 51 atau lebih mesra disapa sebagai Kak Sharon adalah usahawan kosmetik yang telah melibatkan diri dalam dunia perniagaan sejak beberapa tahun lepas. Namun begitu, ini adalah julung kalinya beliau menceburi bidang perniagaan secara atas talian disebabkan wabak COVID-19 yang masih berlanjutan sehingga harini.
Kelas pertama yang beliau sertai ini adalah memfokuskan cara-cara mengedit gambar dan video menggunakan aplikasi sosial media seperti Instagram dan Facebook yang sudah terbiasa digunakan untuk menunjukkan bahawasanya mengedit gambar dan video ini sangat mudah dipraktikkan sebelum melanjutkan kelas menggunakan aplikasi-aplikasi khas yang hanya memfokuskan untuk tujuan editan gambar dan video. Kak Sharon merupakan usahawan kosmetik yang menawarkan perkhidmatan home salon yang dikenali sebagai NB Beauty Wellness yang juga memiliki pelbagai produk kecantikkan tersendiri.
Antara pakej perkhidmatan yang ditawarkan adalah Green Silk Peel, Acupuncture Facial, 3 in 1 Whitening Facial, Hydra Peel Facial, Black Wawa Laser dan banyak lagi yang bermula dari serendah RM30 sahaja. Beliau juga memiliki produk jualan sendiri seperti GiovaneVita C Booster iaitu sejenis vitamin C yang berfungsi sebagai meningkatkan sistem imunisasi badan, mencerahkan kulit, menghasilkan kolagen, dan sebagainya. Jadi, kelas kali ini adalah mengenai cara menggabungkan gambar-gambar perkhidmatan dan jualan beliau menjadi satu video untuk tujuan pemasaran secara atas talian sebagai permulaannya atau sinonimnya dikenali sebagai snippet perniagaan. Beliau telah mengambil inisiatif untuk membuka akaun perniagaan Instagram dan Facebook untuk memasarkan perniagaan beliau dengan lebih meluas.
Justeru itu, kakitangan PEDi amat mengalu-alukan kunjungan masyarakat yang berminat untuk ceburi bidang perniagaan secara atas talian bagi menyertai kelas-kelas yang dianjurkan untuk usahawan yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Kami amat menantikan kunjungan usahawan setempat dan berbesar hati untuk membantu komuniti meningkatkan pendapatan serta meluaskan empayar perniagaan mereka dimasa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: