Kelas Bersama PEDi-Membuka Akaun Kedai di Tik Tok (Tik Tok Seller Center)
15 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Ahad – 14 Ogos 2022 - PEDi Repek bersama PEDi Karangan dan PEDi Batu Gajah telah menyertai satu sesi perkongsian yang dikendalikan oleh PEDi Lawang iaitu Kelas Membuka Akaun Tik Tok (Tik Tok Seller Centre) secara langsung di Facebook menggunakan aplikasi StreamYard yang dikendalikan oleh Penolong Pengurus PEDi Lawang iaitu Puan Ainun Rahmah. Dalam sesi kelas tersebut Pn.Ainun berkongsi cara membuka kedai di tik tok atau dikenali juga sebagai tik tok seller center. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penonton cara untuk membuka akaun kedai di TikTok, umum mengetahui bahawa platform tik tok masa kini menjadi platform utama di mana pengguna lebih ramai beralih kepada tik tok berbanding dengan platform lain.
Aplikasi tik tok memberi peluang kepada pengguna untuk menonjolkan bakat dengan berkarya mengikut kemahiran dan kebolehan tersendiri selain mampu menjana pendapatan sekiranya ramai yang menyukai konten yang dihasilkan, setelah berjaya mencapai pengikut sehingga seribu ke atas. Namun, masih ramai yang tidak mengetahui bahawa walaupun tidak mempunyai seribu pengikut mereka masih mampu menjana pendapatan dengan membuka kedai di tik tok. Pn.Ainun menunjukkan satu persatu cara membuka kedai di tik tok bermula dari mendaftarkan maklumat diri dan jenama kedai melalui web tik tok seller center
Matlamat utama pihak PEDi dalam berkongsi ilmu keusahawan ini kerana tik tok menjadi trending masa kini dan Pihak PEDi berharap agar dapat membantu komuniti setempat menaikkan lagi jualan peniagaan atas talian mereka dan berada di landasan yang tepat. Pihak PEDi sentiasa mencari ilmu-ilmu keusahawan yang terkini agar komuniti setempat tidak ketinggalan dalam perubahan teknologi masa kini yang sentiasa ke depan dalam perkembangan selaras dengan dunia semakin canggih. Semoga penonton mendapat manfaat daripada perkongsian pada siaran kali ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: