Bicara Bersama Usahawan Cilik PEDi Repek
20 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Ahad – 19 Jun 2022 - PEDi Repek PEDi Repek bekerjasama dengan PEDi Batu Gajah, PEDi Karangan dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian live di Facebook menggunakan aplikasi Streamyard bersiaran secara langsung di Facebook Pusat Ekonomi Digital Repek, bersama Usahawan Muda dari PEDi Repek iaitu Cik Nik Nur Sumayyah binti Tuan Mohd Suhaiman atau lebih mesra dengan panggilan Sumayyah. Sumayyah telah memulakan perniagaan semasa beliau berumur 15 tahun dan merupakan usahawan muda yang perlu di angkat sebagai model usahawan PEDi supaya menjadi inspirasi kepada anak muda pada masa kini, kerana semangat beliau yang tidak mudah berputus asa walaupun berdepan dengan cabaran dalam meniti dunia keusahawanan. Semasa negara dilanda musibah akibat Covid 19, beliau telah mengambil peluang menjalankan perniagaan berasaskan makanan secara atas talian yang masih berlanjutan sehingga ke hari ini.
Pada siaran kali ini petugas PEDi menampilkan Sumayyah untuk dijadikan inspirasi terutama kepada pelajar sekolah serta kepada usahawan yang baru hendak menceburikan diri dalam bidang keusahawanan. Sumayyah memulakan perniagaan bermula dari menjadi agen jualan dalam talian dan hanya bermatlamat untuk menjana duit poket, namun Covid 19 telah membuka peluang kepada Sumayyah untuk menjana lebih pendapatan dengan menghasilkan produk makanan, kini Sumayyah bukan sahaja menjana pendapatan untuk diri sendiri malah telah berjaya membuka peluang pekerjaan kepada individu yang berminat menjadi agen jualan produknya.
Pencapaian terbaik Sumayyah apabila produk keluarannya telah di pilih oleh Pihak Maxis untuk program Ramadhan. Selain itu,pencapaian beliau apabila produk keluarannya semakin dikenali dan ditutur di bibir-bibir pelanggan nya di serata negeri. Pihak PEDi merasa bangga melihat kesungguhan dan kejayaan usahawan serta kecekalan usahawan cilik ini. Pihak PEDi berharap perkongsian kejayaan Sumayyah dapat dijadikan inspirasi terutama kepada pelajar sekolah serta kepada usahawan yang baru hendak menceburkan diri dalam bidang keusahawanan agar berani untuk berjaya sebagai usahawan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: