Kursus Train Of Trainer: Penggunaan Asas Open Broadcaster Software (OBS) Studio
13 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Sabtu – 12 Februari 2022 - PEDi Repek telah menyertai satu kursus yang dianjurkan oleh PEDi Semenyih yang dinamakan sebagai Kursus Train of Trainer: Penggunaan Asas Open Broadcaster Software (OBS) Studio yang berlangsung 5 jam secara atas talian melalui aplikasi Google Meet. En Anwar Maso’od selaku Pengurus PEDi Semenyih telah menjadi host kursus latihan yang disertai oleh para Penolong Pengurus PEDi dibawah seliaan Nera Sdn. Bhd. Kursus ini bertujuan bagi mendedahkan para peserta dengan perisian streaming dan rakaman video popular yang menawarkan pelbagai ciri yang tidak terdapat dalam aplikasi lain.
En. Anwar juga menerangkan bahawasanya OBS ini merupakan perisian tambahan yang boleh digunakan melalui aplikasi Google Meet atau Zoom yang berdampak lebih profesional dan menarik. Kursus ini memfokuskan keberkesanan program secara langsung yang bakal dianjurkan oleh para kakitangan PEDi di masa akan datang berjalan lebih lancar dengan mengambil perhatian ciri-ciri seperti cara berkomunikasi dan tampilan diri yang lebih baik semasa melaksanakan sesebuah aktiviti secara langsung agar objektif program dapat dicapai sepenuhnya. Beliau juga memberi tunjuk ajar secara lebih terperinci tentang fungsi OBS dan cara-cara untuk menggunakannya dengan lebih mudah.
Kakitangan PEDi juga diajar secara langsung untuk menggunakan perisian ini supaya kursus yang dianjurkan ini dapat dikuasai dengan baik. Antara pengisian kursus ini adalah cara membuat carian OBS, muat turun, pengenalan asas terhadap OBS, setting asas, pengenalan mengenai scenes, pengenalan mengenai sources, penggunaan Green Screen, penggunaan Virtual Camera, membuat sambungan OBS ke Google Meet, Zoom Meeting & StreamYard dan sesi latihan. Perkongsian ini tentunya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para peserta bagi meningkatkan fungsi PEDi kepada komuniti dan dapat berkongsi ilmu baru dengan komuniti yang memerlukan seperti pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: