Kelas ICT - Membuat Resume Ringkas Menggunakan Canva Bagi Pelajar Lepasan SPM
9 September 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Khamis – 08 September 2022 - PEDi Repek telah mengadakan Kelas ICT: Membuat Resume Ringkas Menggunakan Canva Bagi Pelajar Lepasan SPM. Kelas ini disertai oleh Zulaika binti Zulkifli, 18 yang merupakan seorang pelajar lepasan SPM yang menunggu peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi dan berminat untuk mencari peluang pekerjaan bagi menambah pengalaman baharu. Beliau menganggap kelas membuat resume ini merupakan satu langkah persediaan awal bagi beliau memohon perkerjaan sebaik mungkin. Beliau sangat teruja untuk memulakan kelas bagi menyiapkan resume yang lebih lengkap dan bersesuaian dengan masa kini.
Pertama sekali, kakitangan PEDi memulakan kelas ICT kali ini dengan berkongsi tentang perbezaan menyediakan resume dengan menggunakan Microsoft Word dan Canva. Sebelumnya, Zulaika telah berhasil membuat resume menggunakan Ms Word, namun bagi beliau resume itu sudah tidak bersesuaian dengan era globalisasi ini. Jadi, kakitangan PEDi memberi penjelasan kepada beliau tentang aplikasi Canva yang mempunyai pelbagai kelebihan lebih-lebih lagi dalam penyediaan resume yang lh terkini. Kelas ini dimulakan dengan berkongsikan cara pendaftaran untuk menggunakan aplikasi Canva secara percuma. Zulaika dapat menguasai cara menggunakan aplikasi Canva tersebut. Justeru itu, kakitangan amat mengalu-alukan para pelajar setempat untuk ke PEDi berdekatan bagi mempelajari kelas-kelas ICT yang dianjurkan bagi melahirkan komuniti yang celik IT seiring dengan perkembangan teknologi era yang serba canggih ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: