Kelas ICT (Prezi, Emaze & Visme)
18 April 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Ahad – 17 April 2022 - PEDi Repek telah menyertai perkongsian bersama PEDi Batu Gajah, PEDi Lawang yang telah dikendalikan oleh PEDi Karangan dalam satu sesi siaran langsung dengan tajuk : Kelas ICT (Prezi, Emaze & Visme). Perkongsian ini dikendalikan oleh Puan Aisha Pengurus PEDi Karangan dan bersiaran langsung di FB Kg.Karangan. Perkongsian pada kali ini adalah berkenaan dengan laman web yang menawarkan templat pembentangan yang menarik iaitu Prezi, Emaze & Visme. Kelas ini diadakan selama 1 jam yang bertujuan untuk memberi perkongsian berkenaan laman web yang boleh digunakan untuk membuat slaid perbentangan yang lebih menarik dari segi grafik, pilihan tulisan, gambar, templat untuk design slaid dan lain-lain yang berkenaan.
Pada sesi kali ini Puan Aisha menunjukkan cara atau fungsi yang ada pada laman web tersebut dan menunjukkan perbezaan antara penggunaan Microsoft Power Point dengan ketiga-tiga laman web tersebut. Melalui perkongsian tersebut, menunjukkan ketiga-tiga laman web tersebut adalah lebih mudah dan lebih menarik serta menjimatkan masa. Hal ini kerana, pengguna hanya perlu mengedit “templat” yang telah disediakan secara lebih kreatif. Walaubagaimana pun, pihak PEDi turut memberitahu pengguna yang mahukan fungsi yang lebih menarik pengguna perlulah melanggan laman web tersebut namun penggunaan yang asas sudah cukup untuk komuniti terutama pelajar untuk mencari kelainan dalam perbentangan pengajaran dan lain-lain. Pihak PEDi berharap semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: