Kelas ICT: Membuat Ilustrasi Kulit Buku Menggunakan Canva
17 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Sabtu – 16 Julai 2022 - PEDi Repek telah mengadakan Kelas ICT: Membuat Ilustrasi Kulit Buku Menggunakan Canva yang disertai oleh Siti NurSyamiera Balqis Binti Mazlan iaitu Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kiambang yang telah memilih subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) sebagai subjek tambahan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM). Kelas kali ini memfokuskan tentang cara membuat ilustrasi kulit buku menggunakan aplikasi Canva. Pada mulanya, beliau berasa sangsi akan penggunaan Canva sebagai medium untuk beliau berkarya dalam menyelesaikan projek seni kali ini. Namun begitu, beliau mula menunjukkan minat untuk mengekplorasi aplikasi ini setelah diajar cara-cara membuat illustrasi kulit buku yang lebih mudah menggunakan templat percuma yang tersedia dalam aplikasi Canva.
Pertama sekali, kakitangan PEDi memulakan kelas ICT kali ini dengan berkongsi tentang cara pendaftaran untuk menggunakan aplikasi Canva secara percuma. Kemudian, beliau juga diberi penjelasan tentang kegunaan asas Canva yang perlu dipelajari dan diketahui dalam membuat ilustrasi kulit buku dengan menggunakan simbol-simbol dan ikon-ikon yang terdapat dalam aplikasi ini. Beliau telah mempelajari cara-cara memilih tulisan yang sesuai dengan tema buku tersebut bagi menimbulkan kesan yang lebih positif untuk menarik para pembaca untuk membeli dan menikmati buku tersebut. Beliau juga mempelajari cara-cara menukarkan saiz-saiz tulisan, jenis-jenis ayat, warna-warna yang sepadan, dan gambar-gambar yang sesuai dan sebagainya bagi menggambarkan cerita yang ingin disampaikan oleh penulis dengan sebaiknya melalui kulit buku tersebut.
Setelah kelas tamat, peserta diberi masa untuk membiasakan diri menggunakan aplikasi Canva ini untuk berkarya sebagai langkah pemerhatian tentang perkembangan pemahaman pelajar akan penggunaan aplikasi ini sepanjang kelas dilaksanakan. Justeru itu, kakitangan amat mengalu-alukan para pelajar setempat untuk ke PEDi berdekatan bagi mempelajari kelas-kelas ICT yang dianjurkan bagi melahirkan komuniti yang celik IT seiring dengan perkembangan teknologi era yang serba canggih ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: