Bicara KDB - Penipuan Kewangan
13 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Selasa – 12 Disember 2022 - PEDi Repek telah bekerjasama bersama PEDi Batu Gajah, PEDi Kg. Karangan dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian taklimat KDB dengan tajuk Penipuan Kewangan secara langsung di Facebook menggunakan aplikasi Streamyard selama satu (1) jam bermula jam 10.50 pagi hingga 11.50 pagi.untuk mengupas tentang isu penipuan kewangan. Penipuan kewangan merupakan satu bentuk penipuan yang melibatkan aliran keluar masuk tunai sama ada secara dalam talian atau luar talian, ia adalah aktiviti di mana peralatan komputer atau rangkaian digunakan sebagai medium untuk melakukan jenayah yang melibatkan kerugian wang ringgit.
Penipuan kewangan ini dapat dikenal pasti dalam beberapa kategori dan yang biasa kita dengar adalah Scam, Phishing, Penggodaman/Hacking, Kecurian Identiti, Penyamaran, Dialer dan juga Spam. Kelicikan penjenayah siber mengeksplotasikan perubahan teknologi dan menjerat mangsa secara kreatif melalui pelbagai modus operandi baharu, serta kesedaran masyarakat mengenai jenayah siber yang masih berada pada tahap sederhana, telah dikenal pasti sebagai antara punca kes jenayah tersebut meningkat.
Sehubungan itu itu, pihak PEDi peka akan wujudnya keperluan untuk menyebar luas seberapa banyak ilmu pengetahuan kepada masyarakat supaya mereka dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa aktiviti jenayah terbabit. Orang ramai dinasihatkan supaya melindungi maklumat peribadi mereka dan mengelakkan daripada memuat turun fail atau aplikasi daripada sumber yang tidak disahkan ke dalam peranti mudah alih.
Pada siaran kali ini pihak PEDi berkongsi sedikit tips bagaimana menjadi pengguna yang bijak supaya tidak menjadi mangsa. Ramai penipu mencuba helah baharu seperti menyalahgunakan logo dan menyamar sebagai pegawai BNM atau LHDN untuk memperdaya anda untuk memuat turun aplikasi yang bukan daripada platform aplikasi rasmi. Jangan terpedaya, tamatkan perbualan segera. Hal ini supaya kita tidak menjadi salah seorang dari mangsa jenayah ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: