Eksplorasi Digital bersama Pelajar Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Sri Kiambang
1 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital , Rabu – 30 November 2022 – PEDi Repek telah mengadakan kolaborasi bersama SK Sri Kiambang dalam menjayakan program “Eksplorasi Digital Bersama Pelajar Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Sri Kiambang” yang telah diadakan di PEDi Repek yang berlangsung dari jam 9 sehingga 1 petang. Eksplorasi digital ini disertai oleh seramai 20 orang pelajar yang berusia dari 7 tahun sehingga 12 tahun dan diiringi oleh 6 guru yang terlibat.
PAntara objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan para pelajar PPKI ini berkenaan komponen-komponen komputer berserta fungsinya, setiap peserta juga diberi peluang untuk mencuba pembelajaran secara talian melalui komputer dengan menggunakan pelbagai perisian yang menarik bagi menimbulkan minat para pelajar istimewa ini untuk terus mempelajari perkara baharu, dan akhir sekali mereka juga diberi peluang untuk menggunakan komputer dengan mempelajari cara menaip melalui perisian Microsoft Word dan melukis menggunakan perisian Paint. Para kakitangan PEDi juga telah mengadakan kuiz secara atas talian menggunakan perisian WordWall dan ABC.ya yang memfokuskan penggunaan permainan atas talian atau lebih dikenali sebagai Online Education Games dalam sistem pembelajaran kali ini. Aktiviti ini telah dapat menarik minat dan fokus para pelajar istimewa ini dalam mempelajari sesuatu yang baru.
PPihak PEDi amat berbesar hati dalam penglibatan program eksplorasi digital ini bagi membangunkan generasi yang celik IT yang juga tidak ketinggalan bagi para pelajar PPKI ini untuk terus beradaptasi dalam dunia yang serba canggih ini. Pihak PEDi juga berharap pelaksanaan program ini dapat membantu para guru dalam mendidik para pelajar istimewa ini dengan lebih efektif bagi melahirkan insan yang berilmu dan generasi yang lebih cemerlang di masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: