Kelas Keusahawanan: Asas Penggunaan Aplikasi Canva
15 April 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Sabtu – 14 April 2022 - PEDi Repek sekali telah mengendalikan kelas bersama seorang usahawan baru berkaitan pemasaran produk. Kelas ini bertujuan untuk membuka mata usahawan tentang kepelbagaian aplikasi dan perisian yang boleh dimanfaatkan untuk mengedit poster, membuat pelekat produk, logo syarikat dan banyak lagi. Hal ini telah menarik minat Puan Sharon Tan Hui Lee, 51 atau lebih mesra disapa sebagai Kak Sharon yang merupakan usahawan PEDi Repek yang selalu bersemangat untuk mempelajari ilmu ICT baru bagi meningkatkan mutu perniagaan beliau.
Kelas ini merupakan kelas yang keempat disertai oleh usahawan ini yang menjual pelbagai produk kecantikkan dan kesihatan yang kenali sebagai NB Beauty Wellness. Beliau giat mempromosikan produk serta perkhidmatan salon dari ke rumah-rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Namun kini, beliau mula memperkenalkan produk jualan beliau dengan merasmikan pembukaan salon beliau tersendiri. Jadi, beliau mula tertarik untuk meningkatkan kualiti produk dengan memperbaharui pelekat jualan serta membuat template yang lebih cantik bagi menarik minat pelanggan untuk mengunjungi salon beliau. Beliau juga mula membuat promosi kecantikkan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba.
Justeru itu, kakitangan PEDi amat mengalu-alukan kunjungan masyarakat yang berminat untuk ceburi bidang perniagaan secara atas talian bagi menyertai kelas-kelas yang dianjurkan untuk usahawan yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Kami amat menantikan kunjungan usahawan setempat dan berbesar hati untuk membantu komuniti meningkatkan pendapatan serta meluaskan empayar perniagaan mereka dimasa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: