Bicara KDB- 'Scammer & Hacker’
16 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Selasa – 15 Februari 2022 - PEDi Repek telah bekerjasama bersama PEDi Batu Gajah, PEDi Kg. Karangan dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian live di Facebook untuk mengupas tentang Klik Dengan Bijak dengan topik “Scammer & Hacker” menggunakan aplikasi StreamYard dan dikendalikan oleh Puan Amnina dari PEDi Lawang. Pihak PEDi memilih topik Scammer dan Hacker kerana ia menjadi topik semasa pada masa kini kerana masih ramai masyarakat yang menjadi mangsa kepada jenayah siber tersebut. Meskipun banyak amaran telah diberikan, berpuluh-puluh artikel mengenai kegiatan ini disiarkan di akhbar tetapi saban hari masih ramai juga yang menjadi mangsa . Kecanggihan teknologi zaman moden disertakan dengan akal fikiran manusia yang semakin bijak dan licik, menjadikan skim-skim penipuan atau ‘scam‘ menjadi semakin canggih dan pelbagai. Tidak cukup dengan penipuan, mereka juga menggunakan kepandaian mereka untuk menggodam sistem atau dipanggil Hacker.
Perkongsian pada kali ini adalah untuk memberi panduan kepada komuniti mengenali Scammer dan Hacker agar komuniti tidak terus menjadi mangsa. Scammer ini dalam Bahasa mudah adalah individu yang melakukan aktiviti penipuan untuk menganiaya orang lain. Scammer berasal dari perkataan scam. Apabila seseorang yang melakukan perbuatan scam atau menipu akan dipanggil sebagai scammer. Hacker atau penggodam adalah aktiviti penggodaman iaitu pencerobohan yang dibuat oleh individu atau kumpulan yang dipanggil penggodam ke atas komputer pelayan tanpa mendapat keizinan dari pelayan rangkaian komputer tersebut. Pada siaran kali ini pihak PEDi menyeru kepada pengguna alam siber agar sentiasa berhati-hati supaya mereka tidak menjadi mangsa jenayah maya ini yang semakin berleluasa pada masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: