Bicara Pagi: Cakna Komuniti Bantuan
12 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Jumaat – 14 Januari 2022 - PEDi Repek telah bekerjasama bersama PEDi Karangan, PEDi Lawang dan PEDi Batu Gajah dalam satu sesi siaran langsung yang dinamakan sebagai “Bicara Pagi: Cakna Komuniti Bantuan ” di Facebook melalui aplikasi StreamYard yang membincangkan tentang Bantuan atau lebih dikenali sebagai BKM yang sebelumnya dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat atau sinonimnya disebut sebagai BPR.
Siaran langsung ini kali ini adalah bertujuan untuk memberi hebahan kepada komuniti berkaitan pengemaskinian maklumat dan permohonan baru BKM yang bermula 1 Januari sehingga 31 Januari 2022 sebelum pembayaran dilakukan ke akaun masing-masing. Perkongsian pihak PEDi tertumpu kepada golongan yang berkelayakan menerima BKM, cara-cara pengemaskinian maklumat, nilai bantuan yang akan diperolehi serta banyak lagi. Pembayaran BKM 2022 ini akan bermula pada Mac 2022 dan berakhir pada Disember 2022 dan ianya dilakukan mengikut kategori berdasarkan jadual pembayaran yang telah dinyatakan oleh pihak kerajaan.
Semua PEDi yang berada diseluruh Malaysia amat mengalu-alukan kedatangan masyarakat ke PEDi yang berdekatan bagi tujuan pengemaskinian atau permohonan baru BKM jika memerlukan sebarang bantuan daripada kakitangan kami. Namun begitu, komuniti diingatkan untuk membawa dokumen-dokumen yang lengkap serta segala maklumat-maklumat penting seperti Kada Pengenalan, Sijil Kahwin atau Cerai, Kad Pengenalan Anak, Sijil Kematian dan sebagainya untuk memudahkan proses pengemaskinian serta permohonan baru BKM.
Selain itu, pihak PEDi juga menerangkan tentang syarat-syarat berkaitan Skim Khairat Kematian bagi yang berkelayakan, Mysalam dan banyak bantuan yang diberikan kepada rakyat bagi melalui fasa wabak COVID-19 yang masih berlanjutan ini agar komuniti PEDi tidak ketinggalan dalam setiap bantuan kerajaan yang ditawarkan. Kakitangan PEDi juga menunjukkan cara-cara untuk membuat permohonan dan pengemaskinian maklumat pada secara atas talian untuk memudahkan komuniti yang mungkin tidak berkesempatan menuju ke PEDi berdekatan.
Justeru itu, kakitangan PEDi amat berharap masyarakat cakna akan hal yang diperbincangkan dan bersiap-sedia untuk ke PEDi yang berdekatan bagi tujuan pengemaskinian maklumat atau permohonan baru BKM sebelum 31 Januari 2022. Kakitangan PEDi selalu bersedia untuk memberi bantuan yang sebaiknya kepada masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: