Kelas Asas ICT: Microsoft Powerpoint
12 April 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital , Khamis – 12 Mei 2022 – PEDi Repek kali ini telah mengadakan Kelas Asas ICT: Microsoft PowerPoint yang disertai oleh pelajar dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara atau lebih dikenali sebagai KKTM Pasir Mas, Kelantan yang ingin belajar tentang kegunaan asas Ms PowerPoint yang mula dipraktikkan dalam bilik kuliah semenjak pelaksanaan kelas secara bersemuka telah dibenarkan oleh pihak kerajaan.
Kelas kali ini telah mendedahkan beliau dengan asas penggunaaan perisian Ms PowerPoint yang merupakan perisian asas yang dipraktikkan oleh setiap pelajar pusat pengajian tinggi sebagai salah satu medium pembentangan atau penyampaian maklumat yang lebih efisien dan mudah difahami oleh rakan-rakan dalam mempelajari sesuatu topik yang diperbincangkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.
Pada mulanya, beliau diberi tunjuk ajar untuk memilih templat yang sesuai untuk digunakan berdasarkan tajuk pembentangan yang ingin dilakukan. Beliau juga diajar cara menggunakan serta memilih jenis dan warna tulisan yang menarik seperti yang berada didalam pilihan WordArt. Beliau juga diberi tunjuk ajar untuk membuat transition, dan memasukkan bunyi-bunyi pilihan agar sesi pembentangan beliau dapat dilaksanakan dengan lebih menarik dan berkesan. Kemudian, beliau juga diberi penerangan tentang penggunaan ikon-ikon dan simbol-simbol dalam perisian Ms PowerPoint.
Setelah mencuba mempraktikkan apa yang dipelajari, beliau mula menunjukkan minat yang lebih mendalam untuk mempelajari kelebihan penggunaan Ms PowerPoint yang tampak susah untuk digunakan pada mulanya. Jadi, kakitangan PEDi juga memberi penerangan tentang kelebihan-kelebihan Ms PowerPoint yang masih belum lagi diterokai oleh beliau dan kakitangan PEDi juga memberi saranan kepada beliau untuk mengikuti kursus pembelajaran asas ICT dalam beberapa sesi agar dapat difahami dan dipratikkan dengan lebih baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: