Kelas Penulisan Karangan Merdeka
7 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Sabtu – 6 Ogos 2022 - PEDi Repek telah mengadakan Kelas ICT: Kelas Penulisan Karangan Merdeka menggunakan perisian Microsoft Word. Kelas yang disertai oleh 4 orang pelajar dari SMK Sri Kiambang ini diadakan bersempena bulan Kemerdekaan Malaysia ke 65 pada tahun 2022 yang bakal disambut pada 31 Ogos ini. Kelas ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan cara untuk menggunakan microsoft word dan apa itu kegunaannya serta bertujuan untuk memupuk semangat kemerdekaan serta meningkatkan semangat patriotik atau semangat cintakan negara dalam diri peserta sempena bulan kemerdekaan. Selain menggunakan perisian Microsoft Word peserta juga diminta untuk membuat carian berkaitan kemerdekaan Malaysia yang membantu mereka menambahkan pengetahuan am mereka. Peserta juga diajar cara memuat turun gambar-gambar yang berkaitan dan menyimpan ke dalam file yang telah yang telah dicipta oleh mereka untuk menyimpan dokumen yang berkaitan dengan aktiviti pada hari tersebut.
Pihak PEDi berharap dengan kelas ini akan dapat membantu pelajar-pelajar ini dalam menggunakan MS Word. Kelas ini berlangsung selama satu (1) jam bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Kakitangan PEDi Repek amat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang berminat untuk menyertai kelas ICT secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PEDi. Justeru itu, kakitangan amat mengalu-alukan para pelajar setempat untuk ke PEDi berdekatan bagi mempelajari kelas-kelas ICT yang dianjurkan bagi melahirkan komuniti yang celik IT seiring dengan perkembangan teknologi era yang serba canggih ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: