Bicara Pagi - Menuju Fasa Peralihan Endemik COVID 19
12 April 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Isnin – 11 April 2022 - PEDi Repek telah bekerjasama dengan PEDi Batu Gajah, PEDi Kg. Karangan dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian live di Facebook untuk mengupas tentang peralihan fasa Covid 19 dengan topik “Menuju Fasa Peralihan Endemik Covid 19” menggunakan aplikasi StreamYard live menerusi facebook PEDi Repek. Perkongsian ini membicarakan tentang negara kita Malaysia yang kini sedang berada dalam fasa ‘Peralihan Pandemik ke Endemik’ dan kita harus belajar untuk hidup bersama dengan virus ini, dalam keadaan yang paling kurang mengganggu kehidupan harian dengan mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga, dan masyarakat.
Siaran langsung pada kali ini adalah bertujuan untuk berkongsi apa itu fasa peralihan endemik serta persediaan untuk memasuki fasa tersebut. Endemik merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), membawa maksud penyakit berjangkit yang mudah merebak dalam kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama dan sentiasa wujud di sesuatu tempat. Penyakit ini dijangka sentiasa ada tetapi pada kadar yang stabil serta rendah dengan bantuan program vaksinasi Covid-19 serta mengamalkan SOP yang telah disarankan oleh kerajaan. Kita perlu menerima yang virus ini hidup di persekitaran kita dan memahami risiko penularan COVID-19 dengan mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam dan sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan aktiviti harian adalah amat penting untuk memastikan kita dan keluarga kita kekal selamat. Kita kini berada dalam fasa peralihan ke endemik dan belum lagi memasuki fasa endemik. Oleh yang demikian, SOP yang ditetapkan semasa fasa peralihan ke endemik ini perlu diamalkan oleh setiap individu supaya dapat mencegah penularan jangkitan COVID-19 dan seterusnya beralih ke fasa berikutnya dengan lebih selamat Semoga perkongsian ini dapat membantu masyarakat untuk memahami apa itu fasa peralihan endemik dan berjaya untuk mengatasi covid 19 serta melangkah ke fasa seterusnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: