Kelas Usahawan: Cara Membuat Invois Bagi Urusan Jual Beli
10 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Sabtu – 9 Februari 2022 - PEDi Repek telah mengendalikan kelas bersama seorang usahawan baru berkaitan urusan jual beli yang menggunakan invois sebagai resit atau bukti pembayaran. Kelas ini memfokuskan tentang cara-cara membuat invois secara atas talian bagi urusan jual beli yang lebih teratur dan sistematik. Puan Sharon Tan Hui Lee, 51 atau lebih mesra disapa sebagai Kak Sharon adalah usahawan kosmetik yang telah melibatkan diri dalam dunia perniagaan sejak beberapa tahun lepas telah menghadiri kelas usahawan untuk tujuan pemasaran produk di PEDi Repek ini sangat tertarik untuk terus belajar pelbagai ilmu keusahawanan bagi memantapkan lagi perniagaan beliau.
Kelas kali ini merupakan kelas untuk membuat invois bagi menguruskan perniagaan beliau dengan lebih efisien yang juga dapat memudahkan kerja-kerja audit dan semakan akaun perniagaan. Invois merupakan dokumen asas perniagaan yang merekodkan data-data perniagaan dengan lebih terperinci dan tersusun. Terdapat pelbagai cara untuk membuat dokumen ini samaada menggunakan perisian-perisian ICT yang tersedia ada atau sistem atas talian yang disediakan di pelbagai platform dengan hanya mengisi maklumat-maklumat urusun jual beli selepas memilih template invois yang terdapat di laman sesawang tersebut. Kebiasaannya, perkhidmatan invois atas talian ini menggunakan sistem yang berbayar secara bulanan atau tahunan bagi kegunaan sesebuah syarikat.
Walaubagaimanapun, sistem invois secara atas talian ini telah menjadi pilihan kebanyakkan usahawan bagi menyakinkan pelanggan tentang kearifan sesebuah syarikat. Sistem secara atas talian ini juga ternyata lebih menarik dan efektif untuk digunakan. Antara kepentingan dokumen asas seperti ini adalah dapat memberi pandangan yang berbeza kepada para prospek untuk berurusan dengan sesebuah syarikat dan ianya juga dapat menunjukkan sisi profesionalism sesebuah syarikat dalam menguruskan perniagaan mereka yang secara tidak langsungnya memberi keyakinan kepada para pelanggan untuk terus membuat urusan jual beli dengan syarikat tersebut.
Justeru itu, kakitangan PEDi amat mengalu-alukan kunjungan masyarakat yang berminat untuk ceburi bidang perniagaan secara atas talian bagi menyertai kelas-kelas yang dianjurkan untuk usahawan yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Kami amat menantikan kunjungan usahawan setempat dan berbesar hati untuk membantu komuniti meningkatkan pendapatan serta meluaskan empayar perniagaan mereka dimasa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: