Kelas Asas ICT (Microsoft Word)
6 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Repek, Selasa - 05 Jan 2021 - Pusat Internet Komuniti Repek telah mengadakan Kelas Asas ICT kepada pelajar Sekolah sekitar Pusat Internet. Kelas ICT adalah satu siri kursus yang berorentasikan memberi pemahaman dan mempertingkatkan kemahiran peserta untuk celik ICT dan meningkatkan kemahiran menulis mengunakan Microsoft Word. Kelas ini dengan tujuan untuk melahirkan peserta yang celik ICT dan memberi pendedahan yang sewajarnya tentang penggunaan ICT dalam melakukan kerja sekolah dan penggunaan ICT untuk harian.
Peserta diberikan penerangan tentang cara-cara untuk menulis, penerangan tentang papan kekunci, tulisan yang boleh digunakan, saiz tulisan dan yang berkaitan dengan perisian ini. Pada sesi ini peserta diajar menaip tentang cara-cara untuk menulis karangan pendek dan peserta diajar cara menukar huruf dan warna. Selain itu pelajar diajar cara untuk mencari gambar di google dan memasukan gambar ke dalam karangan mereka. Setelah selesai menyiapkan karangan peserta akan diajar cara untuk menyimpan karangan mereka di dalam komputer mereka. Kelas disertai oleh 4 orang pelajar dan mengikuti norma baharu yang ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: