Perkongsian Tips Menjadi Usahawan Atas Talian
27 November 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Repek, Jumaat – 26 November 2021 –PEDi Repek bekerjasama dengan PEDi Batu Gajah, PEDi Karangan dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian live di Facebook menggunakan aplikasi Streamyard iaitu Tips Menjadi Usahawan Atas Talian. Internet telah mengubah semua bidang pasaran, dan salah satu bidang yang paling penting adalah perniagaan dalam talian. Inilah sebabnya mengapa ia telah menjadi semakin popular dan kita dapat membeli semuanya secara dalam talian tidak mengira waktu dan di mana sahaja. Justeru itu, pada siaran kali ini Pihak PEDi berkongsi sedikit tips menjadi seorang usahawan atas talian.
Para usahawan haruslah bijak mengambil peluang pada masa ini kerana perniagaan dalam talian sangat popular dan jangan kita melepaskan peluang mengorak langkah menjadi salah seorang usahawan atas talian. Usahawan yang ingin memulakan perniagaan perlulah bijak mengorak langkah mereka perlulah mencari ilmu perniagaan terlebih dahulu, mereka perlu membuat sedikit kajian tentang perniagaan yang ingin mereka jalankan. Para usahawan juga perlu bijak memanfaatkan media sosial sebagai medium perniagaan mereka, mereka perlu tahu cara promosi, sasaran umur dan waktu yang sesuai untuk mempromosikan produk mereka.
Pihak PEDi berharap dengan perkongsian ini akan dapat membantu masyarakat yang ingin memulakan perniagaan mereka tetapi tidak yakin dengan perniagaan mereka, mereka boleh mulakan dari peringkat bawah seperti menjadi Dropship tanpa memerlukan modal dan tidak perlu menyimpan stok. Selain itu juga mereka boleh memulakan perniagaan mereka tanpa mengeluarkan modal iaitu menjual perkhidmatan seperti perkhidmatan membersihkan rumah atau perkhidmata memotong rumput dan mereka boleh mewar-warkan perkhidmatan secara atas talian sahaja. Kakitangan PEDi Repek amat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang berminat untuk menyertai kelas ICT secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PEDi. Semoga penonton mendapat manfaat daripada perkongsian pada siaran kali ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: