Kuiz Asas ICT (Keselamatan Siber)
9 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg. Repek, Khamis – 08 Julai 2021 - Pusat Internet Komuniti Kg. Repek telah menganjurkan Kuiz Asas ICT, Keselamatan Siber sempena “Total Lockdown” fasa ketiga di Malaysia. Kuiz ini berlangsung selama lebih kurang satu minggu bermula 8 Julai sehingga 16 Julai 2021. Kuiz ini juga terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar dengan PIK Kg. Repek dan warga Pasir Mas yang berumur 10 hingga 15 tahun yang bertujuan untuk memberi pendedahan tentang keselamatan di alam siber.
Hal ini berikutan pelajar kini lebih banyak menggunakan telefon untuk proses PDPR semasa musim pandemik ini dan pelajar lebih terdedah untuk menjadi mangsa kepada jenayah siber. Kuiz ini menggunakan aplikasi wordwall iaitu platform pembelajaran berasaskan permainan dan ia digunakan sebagai teknologi pendidikan yg sangat kreatif dan menarik. Kuiz ini diadakan untuk menarik minat belia yang kurang berminat dengan aktiviti berasakan kelas latihan. Mereka juga dapat mengisi masa lapang dengan lebih bermanfaat dengan menyertai aktiviti ini. Dengan menggunakan permainan atas talian ini, mereka lebih teruja untuk belajar dan seterusnya juga mampu menerapkan ilmu ICT yang telah dipelajari sebelum ini dengan lebih baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: