Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer, Photo Phone Kolaborasi Bersama KEMAS
4 September 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg. Repek, Jumaat – 03 September 2021 - Pusat Internet Komuniti (PIK). Repek mengambil bahagian dalam kursus kemahiran telefon bimbit jangka pendek yang dihoskan oleh pengurus PIK Lawang, Pn. Nur Amnina binti Abdullah melalui Goole Meet. Hari pertama kursus berlangsung selama tiga (3) jam, bermula dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang, kursus ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet, dan kerana keadaan semasa, semua aktiviti wajib dijalankan dalam talian. Kursus ini adalah untuk mengajar usahawan mengenai kaedah “Photo Phone” yang hanya menggunakan aplikasi telefon pintar.
Di kursus pertama, para peserta mempelajari pengenalan tentang "photo phone", dan topik pertama adalah peraturan fotografi. Salah satu peraturan yang perlu diketahui oleh peserta adalah memahami "peraturan ketiga." Peraturan ketiga paling asas dari semua peraturan fotografi adalah menggunakan satu set garis menegak dan mendatar untuk membahagikan foto anda menjadi sembilan bahagian yang sama. Kelas ini telah disertai oleh 15 orang peserta. Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu dan kualiti kerja usahawan dalam mendepani situasi pandemik Covid19 yang melanda negara. Pihak PIK berharap dengan diadakan kursus jangka pendek ini akan dapat membantu para usahawan dalam memasarkan produk mereka dengan lebih kreatif lagi dan dapat meningkatkan pendapatan mereka pada musim pandemik ini. Kakitangan PIK Repek amat mengalu-alukan kehadiran usahawan yang berminat untuk menyertai kelas ICT secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: