Pertandingan Video Pendek Semarak Merdeka
11 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Repek, Selasa – 10 OGOS 2021 - Pusat Internet Komuniti Kg.Repek telah menganjurkan Pertandingan Video Pendek Semarak Merdeka sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-64 tahun yang menjelang tiba. Pertandingan ini berlangsung sepanjang bulan Ogos dan ditutup tepat pada 31 Ogos 2021. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar dengan Pusat Internet Komuniti Repek dan warga Pasir Mas tanpa had umur.
Tujuan pertandingan ini adalah untuk menyuntik semangat para rakyat dan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan secara virtual dalam mengharungi pandemik virus Covid-19 yang semakin meruncing ini. Mereka juga dapat mengisi masa lapang dengan lebih bermanfaat. Peserta yang memenangi pertandingan ini akan diberikan hadiah saguhati. Kakitangan PIK Kg.Repek amat mengalukan para pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan ini untuk menunjukkan bakat dalam penulisan puisi mereka dan mempraktikkan ilmu ICT dalam menghasilakn video pendek yang menarik seperti yang telah dipelajari sebelum ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: