Program Hari Malaysia Jom Kenali Kelantan
7 September 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg. Repek, Isnin – 06 September 2021 - Pusat Internet Komuniti (PIK) Repek telah bekerjasama bersama PIK Lawang, PIK Karangan serta PIK Batu Gajah mengadakan Program Jom Kenali Kelantan sempena sambutan Hari Malaysia yang bakal disambut nanti. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memperingati, menghayati dan memahami sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia demi mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat. Justeru, sambutan Hari Malaysia juga wajar kita gunakan untuk memperingati jasa dan sumbangan para pemimpin dan pahlawan negara terdahulu yang telah berjuang mengangkat martabat dan maruah bangsa dan negara daripada belenggu penjajahan asing.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia. Program ini diadakan secara dalam talian kerana keadaan semasa di mana kita masih lagi berdepan dengan situasi pendemik Covid19, semua aktiviti wajib dijalankan dalam talian. Program yang dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi streamyard live di facebook Pusat Internet Komuniti Kg Repek.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: