Live KDB Streamyard Facebook Berita Palsu
17 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg. Repek, Jumaat – 16 Julai 2021 - Pusat Internet Komuniti (PIK) Kg. Repek bersama-sama PIK Karangan, PIK Lawang dan PIK Kg. Batu Gajah telah mengadakan Live Klik Dengan Bijak (KDB) StreamYard Facebook Jangan Sebar Berita Palsu yang berlangsung selama satu jam bermula dari jam 11.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Live ini bertujuan untuk memberi perkongsian tentang pentingnya memastikan sebarang berita atau maklumat yang diterima dan yang dikongsi adalah benar dan bukannya palsu. Sekiranya berita atau maklumat itu adalah palsu ia boleh mendatangkan pelbagai risiko terutamanya pada musim Covid-19. Isu pada masa kini yang sering diperkatakan adalah isu mengenai vaksin iaitu penyebaran berita palsu mengenai vaksin yang sedang hangat diperkatakan masyarakat hingga menimbulkan banyak keraguan dan telah menyusahkan banyak pihak yang berkaitan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin kritikal ini dengan lebih efisien.
Besar harapan kami dengan perkongsian ini diharapkan kita akan dapat sama-sama memanfaatkan ilmu ini dalam mendidik komuniti menjadi pengguna yang bijak dan bertanggungjawab agar tidak menyebarkan maklumat atau berita yang tidak pasti kesahihannya kepada orang ramai dengan sewenang-wenangnya. Live ini juga menekankan cara untuk menilai dan membezakan maklumat-maklumat yang dikongsikan adalah benar melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti aplikasi Sebenarnya.My, Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia dan banyak lagi. Hal ini adalah sangat penting untuk menghindari perkongsian maklumat palsu yang akhirnya memudaratkan orang ramai secara langsung dan tidak langsungnya. PIK Kg. Repek, PIK Karangan, PIK Lawang, dan PIK Kg. Batu Gajah berharap perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak pendedahan tentang pentingnya memastikan maklumat yang dikongsikan adalah benar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: