Kelas ICT Belajar Asas MS Excel
23 November 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Isnin – 22 November 2021 - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Repek yang dulunya dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti (PIK) Repek telah menyertai bersama PEDi Batu Gajah dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian yang dibuat oleh PEDi Karangan iaitu Kelas ICT Belajar Asas MS Excel live di Facebook menggunakan aplikasi Streamyard. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer seperti MS Excel supaya penonton tahu cara untuk menggunakan MS Excel.
Kelas pada hari tersebut dikendalikan oleh Puan Aisha dari PEDi Kg Karangan, beliau telah berkongsi cara untuk menukar nama atau ayat yang ditulis menjadi huruf besar, huruf kecil ataupun ‘proper’. Selain itu, petugas juga menunjukkan cara untuk membuat dropdown list di column, cara untuk mengira jumlah terkumpul atau jumlah kumulatif dengan menggunakan fungsi sum dan juga membuat formula secara manual. Petugas juga berkongsi cara untuk memasukkan kotak ke dalam kerja yang dilakukan, cara untuk ‘highlight’ baris atau ‘row’ dan juga ‘column’ serta cara untuk ‘highlight’ semua kerja yang dilakukan untuk membuat sesuatu formula atau pengemaskinian.
Kelas ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi streamyard live di facebook kerana keadaan semasa, semua aktiviti wajib dijalankan dalam talian. Pihak PEDi berharap dengan kelas ini akan dapat membantu masyarakat serta pelajar yang tidak mahir dalam menggunakan MS Excel. Kakitangan PEDi Repek amat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang berminat untuk menyertai kelas ICT secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PEDi. Semoga penonton mendapat manfaat daripada perkongsian pada siaran kali ini
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: