Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Mengedit Poster,Video Kolaborasi Bersama KEMAS
6 September 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Kg. Repek, Ahad – 05 September 2021 - Pusat Internet Komuniti (PIK) Repek mengambil bahagian dalam kursus kemahiran telefon bimbit jangka pendek yang dihoskan oleh pengurus PIK Lawang, Pn. Nur Amnina binti Abdullah melalui Goole Meet. Hari ketiga kursus berlangsung selama tiga (3) jam, bermula dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang, kursus ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet, dan kerana keadaan semasa, semua aktiviti wajib dijalankan dalam talian. Kursus ini telah disertai oleh 15 orang peserta. Kursus ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu dan kualiti kerja usahawan dalam mendepani situasi pandemik Covid19 yang melanda negara. Pihak PIK berharap dengan diadakan kursus jangka pendek ini akan dapat membantu para usahawan dalam memasarkan produk mereka dengan lebih kreatif lagi dan dapat meningkatkan pendapatan mereka pada musim pandemik ini.
Di kursus ketiga, para peserta para peserta diajarkan cara untuk membina poster menggunakan Ms Power Point dan juga belajar cara membuat video promosi jualan. Peserta diajar mengedit gambar menggunakan fungsi yang ada pada Microsoft Power Point terutama fungsi “shape,design,remove background” dan beberapa fungsi lain. Seterusnya peserta kursus juga diajar menggunakan applikasi “Bineme” dalam mengedit video yang lebih menarik dan mengikut masa terkini. Pada hari ketiga peserta berkursus, En.Norhisham Timbalan Pengarah KEMAS negeri Kelantan telah bersama-sama untuk merasmikan majlis penutup kursus kemahiran jangka pendek komputer (photo phone) yang telah berjalan selama 3 hari. Kakitangan PIK Repek amat mengalu-alukan kehadiran usahawan yang berminat untuk menyertai kelas ICT secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: