Live Streamyard: Dos Penggalak (Booster Dose) Lebih Berisiko Atau Keperluan?
18 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Kg. Repek, Sabtu– 17 Disember 2021 - PEDi Repek telah bekerjasama bersama PEDi Bukit Tandak dalam satu sesi siaran langsung di Facebook melalui aplikasi StreamYard yang berkongsi tentang isu yang sedang menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat sejak kebelakangan ini iaitu tentang Dos Penggalak atau Booster Dose Lebih Berisiko atau Satu Keperluan?. Persoalan ini menjadi tanda tanya masyarakat apakah dos penggalak ini masih diperlukan setelah lengkap dua (2) dos suntikan vaksinasi dan apakah ianya lebih berisiko?.
Siaran langsung ini telah meliputi perkara-perkara penting berkenaan dos penggalak seperti keberkesanannya kepada individu, golongan yang layak terima dos penggalak, pendaftaran untuk menerima dos penggalak, kesan sampingan setelah mendapatkan suntikan dan risiko serta keperluan mendapatkan suntikan dos penggalak yang telah diperkenalkan ini. Prof. Madya Dr. Nazlina Ibrahim dari Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia melalui artikelnya yang bertajuk Dos Penggalak: Apa dan Mengapa Ia Diperlukan? telah menerangkan tentang keperluan dos penggalak yang menjadi dos tambahan kepada individu setelah dilengkapi dua dos vaksinasi supaya sistem keimunan dapat mengenal dan membina pertahanan terhadap virus sebenar serta menguatkan lagi sistem imun yang disebabkan oleh dua faktor iaitu kemerosotan gerak balas imun dalam penerima vaksin dan kehilangan keberkesanan antibodi peneutralan dalam tempoh tertentu.
Kakitangan PEDi juga menayangkan sedutan video dari rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yng bersiaran pada 24 November 2021 berkenaan dos penggalak yang telah dikupas dan dikongsikan oleh Dr. Suhaida Mohd Sidek iaitu Pakar Perubatan Kesihatan Awam untuk memberi pencerahan yang lebih jelas kepada para penonton siaran langsung Facebook PEDi Repek dan PEDi Bukit Tandak. Menurut beliau, dos penggalak ini merupakan dos yang mempunyai kesan sampingan setara dengan suntikan vaksinasi dos pertama dan kedua. Ianya dijelaskan tidak memudaratkan, malah ibu mengandung juga digalakkan untuk mengambil dos penggalak ini setelah kehamilan berusia empat belas (14) minggu bagi mencegah sebarang kemungkinan dijangkiti wabak Covid-19.
Disamping itu, terdapat banyak lagi maklumat-maklumat penting yang telah dikongsikan kepada masyarakat untuk lebih memahami keadaan semasa yang memerlukan setiap individu yang telah lengkap tempoh matang dua dos vaksinasi pertama boleh menerima dos penggalak secepatnya. Akhir sekali, kakitangan PEDi berharap agar semua penonton memberi kerjasama yang baik dalam memerangi wabak Covid-19 ini bersama dan perlunya dos penggalak ini setelah ianya juga dinyatakan sebagai kewajiban individu yang tergolong untuk menerima suntikan dos penggalak ini serta melengkapi status vaksinasi di MySejahtera. Kakitangan PEDi juga berharap siaran langsung ini dapat memberi manfaat kepada para penonton yang setia mengikuti perbincangan secara atas talian ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: